Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

Pencarian

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah s.w.t di atas kebenaranNya untuk hidup di muka bumi ini.


Hari ini membentang, menghantar dan mendapatkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan.

Tak kisah lah tugasan pengajian atau pun program.Yang pasti , ari ni aku muhasabah diri dengan meluahkan perasaan tak puas ati aku pada orang tertentu.Muhasabah ke? bukan.bukan. Tapi perbincangan.Perbincangan yang cukup berat secara tak langsung muhasabah diri. Berbincang tentang integriti, tanggungjawab,efisien dan macam-macam lagi.Perbincangan yang berlangsung dalam kereta,kedai makan,dalam kereta dan akhirnya tamat di rumah.FUH!bukan mudah mengubah peribadi atau tabiat orang.Apatah lagi diri sendiri.Tapi yang penting usaha ,usaha,usaha dan DOA jangan sekali dilupakan.Kadang kala kelekaan menjalani aktiviti seharian termasuklah memeningkan kepala dengan masalah-masalah yang timbul menyebabkan lupa untuk BerSUJUD lama di sejadah MeLUAHkan RINDU,Kasih dan CINTA pada si DIA yang Satu.

Mudahnya kita berbicara t…

treasure HUNT

hari ni menyertai Treasure Hunt dgn jayanya...sempena family day.Pusing satu UKM... bermula dari Bukit Puteri..Rumah Haiwan..Rumah Tumbuhan..Tasik Kejut and last Hutan simpanan UKM.
Yang menarik, dah tiga tahun ngaji kat UKM, bukit Puteri pun tak tau kat mana...ghupe-ghupenye kat rumah kakitangan UKM dekat Unit Kenderaan. Dan untuk pertama kali , aku kenal pokok Gelugur..wah wah wah. Masa kat Rumah haiwan lagi best..ada ke dia suh cari Tiang RH 13, memang la pelik..sebab dia tak gi tau tiang lampu ke tiang telepon ke..tapi jumpa jugak la..sampai hancur lah tapak kasut aku.Oleh kerana aku dah bersusah payah bersama dina dalam game ni, maka kami raikan makan di Pizza Hut atas kejayaan mendapat no.2.
Apa yang aku peroleh dari pengalaman ri ni, kehidupan yang kita lalui hari-hari dan keadaan sekeliling yang kita tempuh , jangan disangka kita amat memahaminya.Selalu Muhasabah diri dan akui kelemahan diri.

Bakti Siswa masyarakat Islam Kemboja

jawatan

hari ni perbincangan yang cukup dasyat.Menghabiskan masa makan dgn perbincangan yang rancak.JAWATAN!.satu isu yang cukup besar. mungkin bagi aku. Aku namapak macam2 di sebalik JAWATAN tu. apa yang boleh aku ringkaskan dari pandangan JAWATAN adalah seperti kat bawah :
kenapa kita pegang jawatan?apa yang kita nampak di sebalik jawatan yang dipegang?matlamat @ misi dalam memegang jawatan?rancangan masa depan dengan jawatan yang sedang dipegang?apa yang diperoleh dari jawatan tersebut?rancangan pendek jawatan ?kekuatan rohani dalam pegang jawatan?aspek yang boleh dibincangkan dengan jawatan?Banyak jugak kan...cam berat je JAWATAN ni. bukan senang nak pegang JAWATAN... perlu tingkatkan diri dengan banyakkan bergaul dgn org ramai, tingkatkan skill sosial percakapan profesional...dan macam2 lagi. seronoknya kalu dapat bercakap...

Tudung Ku...

Hari ini, hari yang cukup meletihkan. Kelas bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tgh hari...
Lepas kelas, makan bersama keluarga tersayang di tempat favorite...RU UKM betul-betul sebelah Tasik Kejuteraan UKM.Dah lunch...berkejar-kejaran menyiapkan paperwork Kemboja dan cover letter untuk dipos dan yang pasti untuk dihantar ke PROTON ptg tu jugak.
Siap sudah segala dokumen, aku bersama mak tersayang terus ke Shah Alam...
Act, nak ceritakan apa yang berlaku di PROTON...pusing-pusing cari RECEPTIONIST nak tanya pejabat korporat tapi kaunter kosong...so kami redah je dalam pejabat tu. Pejabat tu punyalah besar..mestilah salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia ni..tapi masa kami naik ESCALATOR , habih suma staff kat situ pandang2 kami.Macam kami ni orang kampung masuk pekan.Mungkin la sebab kami berdua pakai Tudung Labuh dan berbaju kurung. Nak compare dgn staff depa , suma tudung lilit, bergaya lah dikatakan mungkin pada pandangan orang lain.tapi bagi aku biasa je.So, kami tetap meneruskan…

Permulaan

PERMULAAN ?

setiap yang berlaku pasti ada mula dan tamatnya.Hmm...bermulah tangan aku ni menaip.
bercerita , berbincang dgn menggunakan jari kurniaan Ilahi.
dah lama giler nak menulis-nulis ni...Akhirnya lahirlah Kedamaian Jiwa.Semoga blog ini membawa seribu kedamaian sejuta keinsafan.