Tuesday, February 12, 2008

Tudung Ku...

Hari ini, hari yang cukup meletihkan. Kelas bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tgh hari...
Lepas kelas, makan bersama keluarga tersayang di tempat favorite...RU UKM betul-betul sebelah Tasik Kejuteraan UKM.Dah lunch...berkejar-kejaran menyiapkan paperwork Kemboja dan cover letter untuk dipos dan yang pasti untuk dihantar ke PROTON ptg tu jugak.
Siap sudah segala dokumen, aku bersama mak tersayang terus ke Shah Alam...
Act, nak ceritakan apa yang berlaku di PROTON...pusing-pusing cari RECEPTIONIST nak tanya pejabat korporat tapi kaunter kosong...so kami redah je dalam pejabat tu. Pejabat tu punyalah besar..mestilah salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia ni..tapi masa kami naik ESCALATOR , habih suma staff kat situ pandang2 kami.Macam kami ni orang kampung masuk pekan.Mungkin la sebab kami berdua pakai Tudung Labuh dan berbaju kurung. Nak compare dgn staff depa , suma tudung lilit, bergaya lah dikatakan mungkin pada pandangan orang lain.tapi bagi aku biasa je.So, kami tetap meneruskan misi menghantar surat.Masuk pejabat dia...YA!memang kami macam orang kampung.Depa lagi bergaya.HAHAHAHA.
Apa yang aku dapat simpulkan dari story aku gi PROTON ni , bertudung labuh masih dipandang pelik oleh mereka yang berkerjaya..huhuhu.Keazaman aku yang pasti aku nak mintak kerja kat situ dan nak tunjukkan pakai tudung labuh bukanlah tak bergaya..bergaya dan dijamin aurat ditutup.

No comments: