Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Pendidikan kita sama?

Kelas sejarah Matematik dan falsafah sains baru-baru ini, menghendaki kami menulis sebuah karangan berkaitan pemahaman atau pengalaman kami dalam bidang matematik.Masa yang diberi 1 jam 45 minit dengan karangan mestilah tidak kurang 2 muka surat. Hampir semua di kalangan kami terpinga-pinga untuk menyiapkan karangan.Bukan senang dalam masa yang singkat, maklumat yang ada amat sedikit mungkin kerana tidak faham .
Dua hari kemudian, Dr.Alinor, pensyarah kami, mengulas karangan kami.
antaranya:
1. Semua karangan berbentuk sastera
2.Penggayaan bahasa semuanya sama
3.Kurang maklumat
4.Kurang kosa kata
Yang pasti ini semua hasil dari pendidikan yang sama.
Bila difikirkan semula, ada benarnya kata dr.Alinor tu..kerana bila diimbas kembali, sejak dari sekolah rendah kita diajar menulis karangan yang penuh dengan kata pujangga atau pepatah yang indah.Tapi penjelasan keatas pepatah tidaklah diterangkan.
Apa yang saya boleh usahakan , banyakkan membaca kemudian muntahkan kembali dengan menulis.

Pilihanraya UMUM

tinggal lagi 4 hari nak buang undi.Kali pertama nak buang undi...tapi selalu ngundi kat kampus. Siap jadi calon lagi.Bukan senang nak jadi Yang Berhormat ni. Sememangnya amanah yang sedia sudah cukup berat ditambah lagi yang lain-lain. Tapi pilihanraya kali ini memang hebat. Perang poster yang dilancarkan sememangnya mempengaruhi dalam pemilihan pemimpin.Bakal YB tak dikenali, tapi lambang ingat.Nak pangkah nanti boleh pangkah lambang.Dacing ada,Bulan ada,Roket ada,dan yang keadilan Punya tak ingat tapi tau lah lambang dia.
Apa yang pasti , sikap beberapa pihak dalam menggunakan kemudahan yang sedia ada dalam memancing undi yang aku rasa tak patut. Kalau Barisan Nasional betul-betul terbuka ,sepatutnya kerajaan boleh benarkan Barisan Alternatif jugak wat iklan pancing undi kat TV.Takkan lah BN je...macam-mana rakyat nak pilih dengan keterbukaan. Manifesto pun semua yang keluar kat TV dari BN.Abes , BA cam ne?HUrm....pening2X. Pernah tak orang suarakan benda ni? ada kot tapi rasanya tak…