Monday, March 10, 2008

Pendidikan kita sama?

Kelas sejarah Matematik dan falsafah sains baru-baru ini, menghendaki kami menulis sebuah karangan berkaitan pemahaman atau pengalaman kami dalam bidang matematik.Masa yang diberi 1 jam 45 minit dengan karangan mestilah tidak kurang 2 muka surat. Hampir semua di kalangan kami terpinga-pinga untuk menyiapkan karangan.Bukan senang dalam masa yang singkat, maklumat yang ada amat sedikit mungkin kerana tidak faham .
Dua hari kemudian, Dr.Alinor, pensyarah kami, mengulas karangan kami.
antaranya:
1. Semua karangan berbentuk sastera
2.Penggayaan bahasa semuanya sama
3.Kurang maklumat
4.Kurang kosa kata
Yang pasti ini semua hasil dari pendidikan yang sama.
Bila difikirkan semula, ada benarnya kata dr.Alinor tu..kerana bila diimbas kembali, sejak dari sekolah rendah kita diajar menulis karangan yang penuh dengan kata pujangga atau pepatah yang indah.Tapi penjelasan keatas pepatah tidaklah diterangkan.
Apa yang saya boleh usahakan , banyakkan membaca kemudian muntahkan kembali dengan menulis.

1 comment:

aqilah said...

falsafah...falsafah...