Skip to main content

Peperiksaan atau Ujian?

Baru-baru ni, sepupu saya, Balqis , 5 tahun , berasa pelik sangat kerana kehadirannya ke Taski amat penuh dalam minggu itu.Kebiasaannya , dalam seminggu, dia akan ponteng dua atau tiga hari.
Tapi , minggu tersebut, dia hadir penuh.Tertanya-tanya dibuatnya dan yang dia rasa bertambah pelik, cikgu tidak mengajar minggu tu.Sebaliknya, dia sering peroleh kertas dan perlu siapkan tugasan tersebut. Balqis balik ke rumah dan bercerita kepada saya, sayabertanya apa yang berlaku, exam ke? Gelak besar ibunya...memang sah, dia exam.
Isunya, peringkat tadika lagi , sistem pendidikan negara kita ialah berdasarkan peperiksaan. Ilmu yang diperoleh dinilai dengan ujian atas paper.
Teringat satu peristiwa di sebuah kolam renang , ketika itu, saya tengah menanti sahabat saya untuk berenang bersama-sama.Pada masa yang sama, ada beberapa adik-adik tadika bersama gurunya tengah menunggu jurulatih renang mereka .Pelajar perempuannya dok lah speaking bercerita tentang pengalaman mereka pernah hadir ke kolam tersebut bersama famili mereka. Kagum saya mendengar mereka bercerita dalam english.Baru berusia 5 tahun, cakap Berhabuk.Tak lama kemudian , gurunya ke tandas membawa salah seorang pelajarnya, then jurulatih nya pun sampai.Jurulatih tu tanya lah kat pelajar2 tu , " where ur teacher?".
Tapi saya terkejut apabila salah seorang adik tu jawab , " I have been here before.My daddy brought me here.".Then , sorang lagi jawab , " teacher, look the pond very big". Jurulatih tu tanya lagi mana cikgu mereka, tapi adik-adik tu jawab lain dari yang lain.Last-last saya bagi tau cikgunya ke tandas.Rupa-rupanya, adik-adik tu just boleh speaking tapi tak faham apa yang orang lain cakapkan.Hmmm. tak tau nak komen apa...cuma, Balqis sepupu saya tu , Alhamdulillah faham apa yang kami(saya dan maknya) cakapkan bila kami borak in english tapi dia balas dalam bahasa melayu.Tak kisahlah, at least dia faham.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …