Thursday, June 5, 2008

Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja ISIUKM



"Baktisiswa masyarakat Islam Kemboja"anjuran Ikatan Studi Islam UKM



Tarikh : 26 Mei - 5 Jun 2008
Tempat : KM8, Chrang Chamreh , Russey Keo , Phnom Penh , Kemboja


Misi : Pengajaran untuk anak2 Islam Kemboja dan bantuan sumbangan.

Alhamdulillah, 26 Mei 2008 , kami seramai 23 org student UKM @ ahli ISIUKM telah bertolak ke Kemboja dari Lcct dalam menjayakan misi kemanusiaan yang telah dirancang hampir setahun lebih. sewaktu tiba di lcct.antara peserta yang telibat

Tiba di Parchentong airport , kami bergerak ke tempat program.Asal rancangan di Poth Ti En , Kampong Cham.Tetapi disebabkan kekurangan duit dan masalah pengangkutan yang mahal (Petrol seliter RM 5.70. Diesel seliter RM5.20) , maka program berubah tempat ke KM8 , Chrang Camreh,Russey Keo, Phnom Penh. Selama 11 hari di Chrang Chamreh, perjuangan kami dalam mendidik anak2 Islam merupakan satu cabaran yang cukup besar. Mentaliti mereka yang masih rendah kerana kurangnya penekanan terhadap pendidikna di kalangan penduduk Kemboja. Masalah kemiskinan yang membelenggu mereka, menuntun mereka tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Namun ,misi kami diteruskan. Perbezaan Bahasa pengantara yang berbeza memberi pengalaman baru kepada setiap peserta program.

Pendekatan pengajaran dengan mengggunakan lagu-lagu dan nasyid membantu anak-anak murid mengingat dan memahami. Pengajaran asas kami laksanakan ialah Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu , mengajar mereka bernasyid.
Kebanyakkan pelajar belajar dengan menghafal.Tidak ramai yang belajar dengan memahami.
Kerana itu , dalam masa yang singkat , pengajaran dilaksanakan dgn menggunakan lagu2.




video





antara rumah yang menerima bantuan.


bersama anak-anak murid di depan madrasah



Kami mengajar di Madrasah Ihya'uddin .pelajar2 di madrasah ini telah bercuti selama 2 tahun kerana pembinaan masjid Nurun Naim yang terletak betul2 di sebelah madrasah. Jadi kehadiran kami secara tidak langsung memberi nafas baru kepada para pelajar dalam pendidikan.


video



pada hari ke Tujuh , Ahad , 1 Jun 2008 , kami masuk ke kampung seberang menghantar bantuan dengan menaiki 2 buah bot nelayan. Antara barang yang disumbangkan kepada panduduk kampung ialah Telekung , Kain pelikat dan juga pakaian kanak-kanak.Semua barang sumbangan disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang membantu dalam menjayakan program ini. Terima Kasih

bersambung....

No comments: