Skip to main content
Sambungan....
29 Mei 08.sempat juga kami mengadakan konsert Nasyid Malaysia - Kemboja. meriah.cukup Meriah. diketuai oleh Muhammad Devotees , konsert ini memberikan makna yang cukup besar dalam menghidupkan nasyid dan keindahan Islam. konsert ni sebenarnya adalah yang PERTAMA dan harapnya adalah yang seterusnya akan datang.

antara sedutan konsert malam tersebut.

Penonton malam tu memang ramai.Teringat pulak konsert nasyid yang selalu saya anjurkan di Malaysia, sambutan di Kemboja cukup meriah .Kos pun murah .

Antara Penonton yang hadir

Kami juga melawat ke Tuel Sleng (Penjara zaman PolPot) melihat kesan kekejaman PolPot. Sememangnya memberi kesan yang cukup mendalam dan amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah Malaysia.


Antara Tengkorak yang dijumpai dan disimpan di Killing Field hingga sekarang.


Sejarah Kekejaman Polpot

Salah seorang ahli Baktisiswa bergambar dalam Penjara Tuel Sleng


Saya pun tak tau sangat nak cerita tapi bolehlah sikit2 membantu.Maaf andai cara penyampaian tidak sebagus pakar sejarah.

Polpot sebenarnya anak angkat kepada Raja Kemboja pada waktu itu.Zaman kekejaman ini berlaku pada tahun 1975 - 1979.Masih segar lagi. Sewaktu Amerika dan Perancis cuba untuk menjajah atau menduduki Kemboja, Polpot yang pada waktu itu baru sahaja menerima fahaman Komunis , mengambil keputusan untuk menerajui sendiri Negara Kemboja.Raja yang memerintah pada waktu itu berada di Perancis. disebabkan fahaman Komunis yang diterima oleh Polpot, dia telah memerintahklan semua para ilmuwan , bijak pandai, doktor, profesor , ahli agama tidak kira Islam dan Buddha mestilah dihukum bunuh. Target nya yang tinggal adalah rakyat yang kurang pandai dan juga tiada pegangan mana-mana agama. Apa yang dialami oleh penduduk Kemboja pada waktu itu amatlah dasyat.Mereka sebelum diseksa diambil gambar terlebih dahulu , diseksa dan kemudian diambil gambar semula.Sungguh terseksa melihat kesan penyiksaan di penjara tersebut.Tompok2 darah masih wujud lagi di bilik2 penyiksaan.Asalnya Tuel Sleng itu adalah sebuah sekolah atau universiti kemudiannya dijadikan penjara.


Antara penyiksaan yang dilakukan memang diluar jangkaan kita ialah mencabut kuku semasa sedar.jika org tu pengsan , jarinya disimbah air supaya sedar.Ada juga yang direndam hidup dalam air panas sedikit demi sedikit. Malah budak- budak kecil dibaling ke pokok dan pokok itu masih ada hingga kini dan kesan darahnya masih ada.

sedikit sedutan sejarah oleh Ustaz Azhar, Pengarah Urusan EzQurban Sdn Bhd @ bekas Pembantu Mufti Kemboja 2003-2004

Hendak diceritakan lebih lebar lagi , tak berani saya berlebih-lebih.Seram jugak masa tengah menaip sejarah ni.Tapi sewaktu berada kat penjara tu lagi seram.Namun , yang pasti , apa yang saya lihat , kesan kekejaman ke atas rakyat Kemboja itu tidak menghentikan niat mereka untuk terus belajar dan membangunkan diri mereka.Usaha kami dalam Baktisiswa ini membawa pendidikan kepada mereka sememangnya memberikan mereka nafas baru dan menarik perhatian mereka untuk meneruskan pengajian mereka.

Ya Allah, berkatilah usaha kami ini dan bantulah kami dalam meneruskan perjuangan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…