Friday, July 25, 2008

diri di waktu malam sebelum datangnya siang

Saban malam, tiba jam 12 malam, mata mula memberikan isyaratnya, tubuh mula merintih , tenaga semakin lemah..kepada si Tuan mereka meminta..tidurlah Tuan..tidurlah Tuan.
sayu bunyinya ..memohon agar si Tuan terlena.
Si Tuan pula sedang berfikir...berfikir hari- hari mendatang , berfikir tentang hari esok yang bakal kunjung tiba....
Adakah sempat aku menatap terbitnya mentari, adakah sempat aku melihat birunya langit ...
dapatkah aku menatap wajah ayah dan ibu...dapatkah aku menatap wajah sahabat dan temanku... Bagaimana pula kehidupan aku di esok hari?...andai aku pergi malam ini, siapa yang akan membantu ayah dan ibu...siapa yang akan mencari rezeki..siapa yang akan menyambung warisan keluarga..siapa yang akan menyambut adik beradikku di rumah..siapa? apa? bagaimana?
Si Tuan terus berfikir dan berfikir.
Anggota tubuhnya terus merintih..tidurlah Tuan. Kami dah letih...kami perlukan rehat...kasihanilah kami..kami perlu bekerja di esok hari..Serahkanlah segala-galanya kepada yang Esa .Dia menentukan atas tiap suatu.Dia mengetahui semua yang akan berlaku.
Bukankah Allah itu pencipta kita? Duhai Tuan, dengarlah luahan kami ini...Tubuhnya terus merintih...
Sedang Si Tuan terleka dgn fikirannya...terdengar sayup2 di lubuk hatinya rintihan tubuhnya ... Lantas Si Tuan tersedar . Ya ! segala-galanya milik yang Esa. Allah s.w.t penentu kehidupan .Allah s.w.t Pencipta alam. Teruslah si Tuan bangun dan mengambil wudhuk, menunaikan solat 2 rakaat, memohon ampun kepada Tuhan yang Satu atas segala dosa dan kelalaian yang telah dilakukan.
Tubuhnya juga bersyukur kerana bersama-sama berzikir kepada Allah ...selepas itu berehatlah mereka dengan tenang dan yakin kepada Allah atas segala ketentuan Nya dan berserah kepadaNya.
" Kita hanya merancang , Allah yang menentukan. Usaha , doa dan tawakal"

No comments: