Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Sutera Maya

Sutera Maya setiap hari Isnin hingga Khamis, 630 petang di TV 3. Ni Bukan nak promo, tapi nak story apa pandangan bila tonton drama bersiri ni. setiap Maya mempunyai watak yang berbeza... Maya Medina - Lemah Lembut
Maya Zulaikha- Ada keistimewaan
Maya Karina - nak jadi artis
Maya Sofia - Nakal selepas pengalaman lepas

Masa mula mula tonton drama ni, seronok juga ikut plot cerita nya, tapi lama - lama naik geram macam tonton drama Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesia...

Karakter yang dibawa terlalu mengikut perasaan dan boleh juga diterjemahkan wanita yang lemah lembut tidak boleh berfikir bijak serta terlalu lambat untuk bertindak balas terhadap apa yang berlaku sekelilinnya. Perlu menjadi tegas barulah boleh berfikir bijak...itu antara yang saya dapat kesan hasil tontonan ke atas drama ni. Jujur saya katakan , Lemah Lembut seorang wanita bukanlah satu kelemahan tetapi satu kelebihan kepada wanita .
Namun , drama ini seolah- olah menunjukkan wanita yang lemah lembut itu lemah dan tidak…

AYAM DAN ITIK

Malam yang tenang. Seusai mengambil seorang rakan dari UK yang pulang ke Malaysia, saya membawanya ke sebuah restoran. Teman lama, bersekolah dan dalam kelas yang sama dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. “Kita menafsir sesuatu itu berdasarkan apa yang kita percaya dan dipengaruhi,” dia memulakan perbincangan.“Maksudnya?” Saya mula tertarik dengan kata-kata tersebut.“Pengalaman membentuk pemikiran kita. Pengalaman tersebut hasil daripada apa yang kita belajar, apa yang kita tahu dan apa yang kita lalui. Contoh pemahaman kamu tentang solat mungkin lain daripada apa yang saya faham.”Pengalaman membentuk pemikiran dan pemahamanSaya mengangukkan kepala tanda mengiakan katanya. Semasa berada di Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dulu, ada juga pelajar sekolah agama yang tidak solat. Mungkin pemahamannya tentang solat lain daripada apa yang saya faham.Dan begitu juga dalam batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Semasa di sekolah dahulu hendak bercakap pun kena tundukkan panda…

Ibadah Qurban dan kelebihan perlaksanaannya

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban?

Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Al’Lah s.w.t.

Sekiranya kalau kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Al’Lah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Al’Lah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang.

Al’Lah berfirman :
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Jelas di sini, Al’Lah s.w.t meletakkan ibadah…

Men from Mars, women from Venus

Ramai yang menggalakkan baca buku ni termasuklah ustaz -ustaz ...hmm, apa ada ye? disebabkan galakkan yang amat membina, maka , buku ini sekarang telah dimiliki. Buat masa ini, sedang membaca buku ni dgn penuh keseronokkan...dan menghayatinya agar tak tinggal satu input pun.

Buku ni mmg bagus...selain mengenali perbezaan antara lelaki dan perempuan , aplikasinya bukan sahaja dalam hubungan kekeluargaan tetapi dalam hubungan persahabatan. Kawan2 yang sama jantina pun memerlukan kasih sayang dan kita kena fahami kawan kita...dan buku ini membantu aku untuk menyayangi dan memahami kwn2 ku dengan lebih baik. Yang pasti , membantu dalam interaksi sosial.

Buat masa ini , masih lagi , menggarap idea penulis, John Gray, ...lepas ni, aku kongsikan apa yang aku dapat dari buku ni...dalam fahaman aku.Hehehe.

Catur bestari??

3 Syawal 1429H , hari raya ketiga...duit raya dapat banyak jugak tahun ni.Hehehe. Syarat dia selagi tak kahwin ke tak kerja...tapi tak kisahlah. asalkan dapat duit. huhuhu,. Jadi , dengan duit yang banyak tu - (macam lah banyak sgt) - , dan excitednya..aku telah membeli catur bestari yang mmg dinanti-nanti sejak mula2 dikeluarkan.

sekarang dah ada..dan sronok sangat nak main. sememangnye , satu permainan yang amat menarik untuk semua org dan salah satu cara nak pupuk minat berniaga. Tak minat pun at least leh tau camne nak beli saham.

Masa dapat je , malam tu terus main dgn adik2 ku sayang kat umah. Lawak jugak sbb masing2 umur berbeza..yang kecik pun nak main. Mainlah.bedal aje. seronok dan dapat erat hubungan keluarga. saya syorkan Anda mmbelinya.

Pastu , ajak pulak kawan2 main..Sa'diah dan lain2 . Seronok jugak sbb dapat duk sama dgn kwn2 selain waktu usrah.Hmmm, silibus usrah pun bagus jugak. Ada variasi. So, utk kwn2 yang kat UKM, nak main catur bestari, boleh ajak saya. kita wa…

Ayam goreng Berempah

Dapat resepi time tgh drive ke UKM sambil dgr ikim.fm Tengah bulan ramadhan lepasTak cuba lagi tapi ada yakin sedap.Selalu wat cara lain. Dua-dua resepi letak kat sini. cubalah! Insya Allah sedap.Sape yang dah cuba bagitaulah bagaimana rasanya...

Ayam Berempah Limau

Bhn- bhn:
Rempah kari
serbuk Jintan Manis
serbuk jintan putih
halia - blend
bwg putih-blend
bwg merah@besar - blend
air limau nipis
sos tiram
garam
-bancuh serbuk-serbuk tu dengan air limau nipis dan sedikit air biasa
-masukkan bahan-bahan kisar dan sos
- gaul bersama dengan ayam pastu goreng

Ayam Goreng berempah tepung

Bhn-bhn :

serbuk cili
rempah kari - sikit je, nak bagi rasa
jintan putih
jintan manis
serai- blend
bwg putih-blend
bwg merah @besar-blend
halia-blend
lengkuas-blend
tepung goreng ayam-adabi

- bancuh serbuk - serbuk dengan air
-masukkan bahan-bahan yang dikisar
- gaul kan dengan ayam
- kemudian gaulkan dengan tepung goreng ayam
-goreng ayam

ramadhan, syawal, biskut raya dan masa depan.

Hari ini hari raya ketiga, 3 Syawal 1429H, 3 Oktober 2008, dimana semua ahli keluarga aku skrg sedang beraya di seremban.tinggal aku dan adikku 2 org yang ditinggalkan dan mmg hendak tinggal di rumah . Kononnya untuk study macam aku..nak siapkan Tesis.Huhu.Satu patah perkataan untuk tesis aku tak mula lagi.Baru taip TESIS. yeah.
Sepanjang bulan Ramadhan 1429H , dunia aku penuh dengan biskut raya.Mula je cuti 19 Hb 9 , maka bermulalah sepenuh masa aku di rumah menyiapkan biskut oder Zaisara.Com home Cookies.
selama 2 minggu tak keluar rumah langsung even ke rumah jiran sebelah( Cik na) pun tak leh singgah.Sememangnya dugaan amat besar kerana oder terlalu banyak dan terpaksa menolak suku oder yang ada disebabkan kehabisan barang dan yang pasti kehabisan tenaga. Hari2 tidur jam 3-4 pagi..bangun jam 6.30 pagi sambung semula buat biskut. Tarawih? sebab dia tak wajib jemaah , semua wat sendiri-sendiri dlm bilik masing2 ikut masa sendiri-sendiri.
Tetapi, pengalaman Ramdhan kali ini membuka mata…