Thursday, October 2, 2008

ramadhan, syawal, biskut raya dan masa depan.

Hari ini hari raya ketiga, 3 Syawal 1429H, 3 Oktober 2008, dimana semua ahli keluarga aku skrg sedang beraya di seremban.tinggal aku dan adikku 2 org yang ditinggalkan dan mmg hendak tinggal di rumah . Kononnya untuk study macam aku..nak siapkan Tesis.Huhu.Satu patah perkataan untuk tesis aku tak mula lagi.Baru taip TESIS. yeah.
Sepanjang bulan Ramadhan 1429H , dunia aku penuh dengan biskut raya.Mula je cuti 19 Hb 9 , maka bermulalah sepenuh masa aku di rumah menyiapkan biskut oder Zaisara.Com home Cookies.
selama 2 minggu tak keluar rumah langsung even ke rumah jiran sebelah( Cik na) pun tak leh singgah.Sememangnya dugaan amat besar kerana oder terlalu banyak dan terpaksa menolak suku oder yang ada disebabkan kehabisan barang dan yang pasti kehabisan tenaga. Hari2 tidur jam 3-4 pagi..bangun jam 6.30 pagi sambung semula buat biskut. Tarawih? sebab dia tak wajib jemaah , semua wat sendiri-sendiri dlm bilik masing2 ikut masa sendiri-sendiri.
Tetapi, pengalaman Ramdhan kali ini membuka mata aku dalam menentukan masa depan aku sendiri. Baru-baru ni g interview kerja..ada 3 peringkat , aku sampai peringkat kedua, dapat dah masuk peringkat ketiga tapi aku tarik diri.Punya lama aku pikir dan pikir dan pikir , tak syok lah kerja dgn org. Baik kerja sendiri mcm skrg.ada masa sendiri dan terpulang pada aku untuk meningkatkan diri aku sendiri.Kalu malas duit tak masuk, kalu rajin masuklah duit..
yang pasti di depan mata aku sekarang ..aku nampak nak besarkan zaisara enterprise.At the same time nak bukak lagi satu syarikat Motivasi perniagaan( masih tgh pikir dan pikir dan pikir) tapi rasanya masih tgh pikir lagi.

Syawal kali ni penuh makna...sebab aku dapat jumpa onyang sebelah opah dan sebelah atuk sebelah mak...ohh! sesungguhnya setiap kali syawal tiba , masa aku berjumpa semua sedara mara yang jauh dan dekat..dan mengenali susr galur keluarga jawa,minang dan melayu aku. teringat pulak pecal marionah , soto , dan abis suma makanan jawa kat sg besar tu mcm memanggil 2 aku kesana. huhu. NAFSU!!
nak sambung tesis semula.

No comments: