Thursday, October 30, 2008

Sutera Maya

Sutera Maya setiap hari Isnin hingga Khamis, 630 petang di TV 3. Ni Bukan nak promo, tapi nak story apa pandangan bila tonton drama bersiri ni. setiap Maya mempunyai watak yang berbeza... Maya Medina - Lemah Lembut
Maya Zulaikha- Ada keistimewaan
Maya Karina - nak jadi artis
Maya Sofia - Nakal selepas pengalaman lepas

Masa mula mula tonton drama ni, seronok juga ikut plot cerita nya, tapi lama - lama naik geram macam tonton drama Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesia...

Karakter yang dibawa terlalu mengikut perasaan dan boleh juga diterjemahkan wanita yang lemah lembut tidak boleh berfikir bijak serta terlalu lambat untuk bertindak balas terhadap apa yang berlaku sekelilinnya. Perlu menjadi tegas barulah boleh berfikir bijak...itu antara yang saya dapat kesan hasil tontonan ke atas drama ni. Jujur saya katakan , Lemah Lembut seorang wanita bukanlah satu kelemahan tetapi satu kelebihan kepada wanita .
Namun , drama ini seolah- olah menunjukkan wanita yang lemah lembut itu lemah dan tidak bermaya dan perlu berpaut pada bahu lelaki. Mungkin ini hanya pandangan awal saya ke atas drama ini. Tetapi seharusnya drama @ filem membawa mesej yang terbaik sebagai salah satu kaedah pendidikan kepada masyarakat selain dari menghiburkan masyarakat , media juga berperanan besar dalam membentuk minda masyarakat kelas pertama sebagaimana yang sering diwartakan kerajaan... Tapi...

Kembali kepada isu lemah lembut seorang wanita , teringat saya sebuah lagu yang bertajuk Wanita dari Kumpulan Dehearty..

Tajuk: Wanita
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

video

No comments: