Sunday, November 9, 2008

Ayam berempah...

Alhamdulillah, dah cuba dah resepi ayam berempah yang saya pernah upload kat entri sebelum ni. hehe, kenalah cuba dulu ..ye tak?
Sedap. Dan sesiapa yang memang minat ayam goreng berempah, saya galakkan untuk mencuba kedua-dua resepi tersebut. Tips yang penting sewaktu blender bawang , blender dengan minyak. agar perapan tu tak berair sangat.

Kelmarin , saya buat burger sendiri. Gara- gara tengok rancangan Rachel Ray di NTV7.
Sedap. (Puji sendiri ..sape lagi nak puji,teruk betul) ..masa tengah sibuk siapkan burger sendiri, time tu berita mengenai Wanita Pertama U.S, isteri Obama(tak ingat nama).. saya jerit kat dapur bagi tau mak, " Mak , pas ni Sarah pulak jadi Wanita Pertama "..balas mak saya, " YA! wanita pertama dalam rumah ni yang buat burger sendiri. mak percaya. tapi kalu Wanita pertama Malaysia atau U.S , berjanggutlah menunggu Sarah punya angan- angan"...Hehhe- Bapak saya gelak je. Anak nye kuat berangan tapi ada usaha.
Tapi yang penting, saya buat burger sendiri dengan jayanya..nak rasa macam Mc'D, tambah jeruk timun kat lapisan burger anda.

Kehidupan saya di dapur kebelakangan ini banyak dipengaruhi masakan barat. Saya dalam proses mengumpul pelbagai resepi chicken chop yang sesuai dengan tekak orang Melayu. Minggu depan , nak cuba lain pula..nak masak makanan timur (Jepun). baru je beli Buku Sushi...nak cuba-cuba masak ni kena ada duit sendiri.Huhuhu.
Kerja tetap kerja. tapi minat jangan ditinggal. Yang penting pastikan makanan anda bersih dan halal bermula dari proses awal hingga akhirnya. Mulakan dengan Bismillah akhiri dengan Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati rezeki yang telah diberikan kepada kita semua. Amin.

No comments: