Saturday, November 29, 2008

Hari Raya Aidil Adha 1429 H

tak lama lagi nak sambut hari raya haji @ aidil adha...terasa begitu cepat masa berlalu.. kenangan hari raya aidilfitri masih tak surut lagi...ibadah berpuasa dah berlalu.Tiba pula ibadah Qurban.
Tahun ni sambut di kemboja.Bersama-sama dalam misi pengagihan daging qurban kepada umat Islam yang memerlukan.
Sementara itu, di tempat kerja ni, busy dengan menguruskan penyertaan ibadah Qurban.. banyak persoalan yang timbul dan Alhamdulillah...kesedaran tentang ibadah Qurban bertambah di kalangan umat Islam kini.
Pelbagai latar belakang peserta yang menyertai.sering diisukan bolehkah ibadah qurban di ganti dengan aqiqah?
hmmm....Aqiqah berbeza dengan Qurban.

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah aqiqah?

Aqiqah dari sudut bahasa, Aqiqah diambil dari perkataan Aqqa, iaitu memotong atau membelah. Pendapat lain pula menyatakan, aqiqah ialah nama kambing yang disembelih untuk kepentingan bayi. Ini kerana, kambing itu dipotong dan dibelah-belah. Selain itu, ada juga yang berpendapat, aqiqah itu ialah, “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahirnya”.

Adapun dari sudut istilah “ Aqiqah ialah ‘ penyembelihan haiwan tertentu untuk ` kepentingan anak, sekali gus dicukur kepalanya dan dinamai”

Bagaimana dan bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?

Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.

Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )

Pendapat ini dipegang oleh Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan ramai lagi. Dalil:

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bersama-sama dengan kelahiran seorang anak itu aqiqah, maka ditumpahkan daripadanya darah ( sembelihan ) dan dijauhkan daripadanya gangguan ( segala keburukan )”

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?

Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”

Diantara hikmah melaksanakan aqiqah ialah:

1 – Kesempurnaan tumbesaran kanak-kanak

2 – Tertahan dari godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.- Pandangan Ibn Qayyim

3 – Pandangan al-laith –Kanak-kanak itu tertahan dari memohon syafaat kepada ibubapanya selagi tidak di aqiqah kan. Kerana itu Al-laith berpendapat aqiqah itu hukumnya wajib.

rujukan:http://www.ezqurban.org


Ibadah qurban pernah dibincang dalam entri sebelum ini.


Sesungguhnya, Islam itu sungguh indah, banyak peluang dan ruang yang telah di beri oleh Allah s.w.t kepada hambanya untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Setelah berlalu ibadah puasa, tiba pula ibadah Qurban .dan seharusnya kita semua mengambil peluang yang ada.andai tidak mampu untuk berqurban, sampai-sampaikan fadilatnya kepada sahabat-sahabat kita agar mereka dapat menyertai ibadah Qurban.


1 comment:

arnamee said...

SALAM AIDILADHA...=)