Skip to main content

rezeki

hujan dah turun...Alhamdulillah. sejak kebelakangan ni, cuaca kawasan bangi kajang sentiasa mendung dan hujan. Tapi, semua adalah rezeki.
Bila citer pasal rezeki, setiap manusia ni ada rezeki masing-masing yang Allah s.w.t telah tetapkan. Baru -baru ni ada interview kerja. Dari pagi dah siap nak pergi, interviewnye jam 1.30 ptg.
- potong citer jap-
sebelum g interview, dah bincang dgn mak abah , makcik2 , pendapat mereka tentang kerja tu.
1. tgk waktu kerja..hmm time 3ptg sampai 1 pagi(setiap hari)
2.cepat tak naik pangkat..mcm materielistic je, tapi kena lah demand ,takkanlah nak stay kat satu tahap tanpa perubahan.Cukup merugikan.
3. Kata hati...tak tenang dan tak senang sejak di panggil interview.
-sambung story-
malam sebelum tidur wat solat hajat, moga diberi petunjuk..esoknye, masa nak ke bangunan tu, naik teksi sebb dah penat berjalan. Dalam teksi , borak2 dgn pakcik tu, dia pun bukak lah citer pengalaman dia kerja dgn syarikat tertentu selama 15 tahun, gaji mmg besar rm8000.00 (WOW!) , tapi dia penat. dia berhenti. Jadi driver teksi, seronok , pendapatan ok. Seronoknya sebab dapat jenguk anak bini selalu. Balik rumah bersama keluarga. Masa kerja dulu, kuar jam 6 pagi, balik jam 3 pagi..tak sempat nak tgk anak2.
Tanya lah nasihat pakcik...hasil dari nasihatnya itu, tepat jam 1 tgh hari, aku wat keputusan , tarik diri dari interview... walaupun interview tu tak tentu lagi dapat ke tak kerja tu, tapi pesanan pakcik tu,"sebelum kau melangkah masuk bangunan tu, kau pikir betul-betul dik. Pakcik tak harap kau kerja sini.Baik kau uruskan syarikat kau tu. dan kau boleh. Pakcik yakin. "
mungkin petunjuk dari Allah s.w.t.
Tak tau lah. masa wat keputusan tu, memang lega sangat. Seperti beban yang dibawa selama ini dapat dilepaskan. Bukan di situ rezeki aku.
Mungkin rezeki aku di Sg Ramal Dalam. Namun, aku yakin dengan segala yang berlaku sebab dan musababnya Allah yang tahu dan Dia yang tentukan. Usaha kena ada. Tawakal selepasnya.
Moga, apa yang telah aku rancangkan dapat dilaksanakan dengan izin Allah.
Amin.

Comments

alqil said…
sarah...jawapan pakcik teksi tu dah terjawab...hehehe...saya sgt hepi skang kat ofis...sebab awak dah ade...hahahaha..
kalambudiman said…
Dimanapun kita berada tidak salah untuk mendengar dan belajar dari nasihat orang-orang yang pernah mengalaminya.Rezeki dalah hak Allah, kita yang kena terus bersemangat memburu keredhaanNya. Selamat berjuang untuk hidup dengan penuh semangat!!

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …