Skip to main content

untuk temanku, Sa'adiah


Hari ini kau melangkah pergi..

Jauh ke sana dengan Malaysia airlines(mahal tu)

walau kita hanya dipisahkan dengan laut China selatan,

tapi entah bila kan ketemu lagi....

(lagipun tiket flight mahal jugak walaupun caj bahan api dah takde)


Hari ini kau melangkah pergi...

Meninggalkan kenangan yang sering kita kongsi,

Gelak tawa yang sering kau hadiahi,

Tatkala aku menangis sepi,(ibah juga),

Nasihat yang kau dorongkan,

Tatkala aku dalam kemarahan.

Panah petir yang sering kau terima dariku,

Kau terimanya dengan senyuman,

Dan kadangkala kau simpannya dengan tangisan,

Semua itu indah sekali,

Hubungan yang dibina sewaktu mula berjuang di Bumi UKM tercinta,

Hubungan yang dititip sewaktu sama- sama meneguhkan Iman dan Islam dalm diri.


Hari ini kau melangkah pergi...

Entah bila ketemu lagi,

(kecuali lah awak kahwin dengan orang semenanjung-AMIN!!!)

Biar masa yang menentukan tarikhnya,

Hanya Tuhan yang mengatur perjalanan pertemuan kita.


Hari ini kau melangkah pergi...

Dari KLIA ke Lapangan Terbang MIRI,

(jangan lupa PKNS BILION dan BINTANG Bangi)

Membawa cinta yang suci dan murni,

Untuk Ibu Ayah yang dikasihi,

Keluarga yang disayangi,

Bersama misi dan harapan yang tinggi,

Menjadi Insan yang berjaya di dalam rahmat Ilahi.


Ini doa dariku buatmu,

Teruskan dalam perjuangan mu

Istiqamah dalam ibadahmu

Yakin dalam keputusan mu

Berserah atas segala tindakan mu

Semoga dirahmati hidupmu

Dunia dan Akhirat


Sa'adiah, jangan lupa kad kahwin awak dulu sebelum saya . Hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …