Monday, December 29, 2008

1430 Hijrah dah tiba !

Seronoknya dah masuk tahun baru. Azam baru, angan-angan baru, citarasa yang baru, dan senarai ibadah pun kenalah dibaharukan.

Kalau yang lepas , qiammullail (bangun di malam hari) sebulan atau dua bulan sekali..tahun ni kenalah upgrade. Kalau yang lepas, lepas solat subuh selalu buat "sujud syahwi" atas katil..tahun ni tak boleh lah..lepas solat terus gerakkan badan siapkan diri dengan kerja .

Tahun ni azamnya, nak cari duit banyak sebab hujung tahun nak g ke Vietnam. Misi bantuan ke sana pula. at the same time, ada rancang nak beli rumah sendiri. tengah survey area hulu Langat.
Bukan apa senang nak jenguk Mak abah dan uruskan syarikat serentak. Tapi tu perancangan 5 tahun , jika dipanjangkan umur.

Dah graduate dengan jayanya...rancang juga nak sambung Master. Tengah mecari dana dan juga peluang yang ada. Buat masa ni, Zaisara perlu dikemaskini sistem pengurusan dan pemasaran. Stamina untuk 2 bulan sebelum Ramadhan hingga 1 syawal , kena dilatih dari sekarang. alhamdulillah, walaupun , tahun lepas, macam-macam jugak berlaku, dalam keadaan final exam dan oder biskut yang banyak ...segalanya berjalan dengan lancar.Syukur. Semuanya kelapangan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah.

Tahun ni, target syarikat semakin ditingkatkan. Semoga diberi kelapangan dan dipermudahkan urusan dalam setiap perkara. Apa pun, dari diri sendiri, semangat dan motivasi sangat penting. sedang berusaha melengkapkan diri dengan kata -kata semangat . Hehehe.

1 comment:

Robihah Radzak said...

Salam maal hijrah buat adik akak sarah...moga tahun baru kali ini lebih memperoleh kemanisan iman dalam siri-siri perjuangan...bila ada masa kita jumpa K!