Wednesday, December 17, 2008

Hari Raya Aidil Adha di Kemboja


bertolak ke kemboja hari raya ke dua bersama tiga orang kawan...Flight ke Kemboja jam 3.15 petang. tapi hari tu Delay ..flifght ke sana jam 4.45 petang.Fuh. penat jugak.syukur ada kawan2 sekali...takdelah bosan menanti.
Dalam flight yang amat kelaparan disebabkan memang tak makan..time makan tu mmg tak pandang kiri kanan. huhu ( tak senonoh betul). sempat juga berkenalan dengan group Darul Fuqaha' yang juga ke Kemboja pada hari yang sama

Qurban di Takeo bersama wakil EZ Qurban


Mak dan Fathiah menyambut ketibaan kami dengan banner konsert di Airport.


Tiba di Kemboja, di sambut oleh ahli keluarga dan bos EZ yang memang dah ada awal di sana. meriah-meriah... malam tu makan di rumah rakit Sufiyyah. time tu musim Ikan, dapat tengok bagaimana mereka menguruskan penangkapan ikan dan proses yang berkaitan. macam2 ikan pelik pun ada..mahal pulak tu. ada Ikan Lidah Anjing, Ikan hidung babi..dll. suma ikan air tawar.(sg mekong)





esoknye...pagi-pagi bersenam poco-poco Kemboja bersama orang Kemboja di depan Istana Utama. aktiviti senaman bermuzik setiap pagi ada dan percuma..ada banyak kumpulan, selit je mana2 suka dan disertai pelbagai lapisan. seronok. ada lagu khemir, lagu english dan lagu Indon pun ada. Lagu melayu je tak de.Ehhe.

Malam hari raya ke-3, konsert devotees yang pertama di Masjid nurun - naim , km8, chrang chamreh , Russey Keo. Ramai yang hadir... ada yang faham..ada yang tak.tapi mereka suka.sebab ada hiburan.selitan bersama dakwah dan tazkirah oleh ustaz Rozali Zakaria , org kemboja. Ada jugak penonton dari Malaysia...pensyarah UIA lagi tuu.
ape pun program malam tu berjalan lancar.

Esoknye.. Hotel tempat kami menginap takde air.huhu, sadis sekali.So, keputusan dibuat, kami pindah otel..time nak pindah tu, tiba-tiba datang lak air.Sebelum pindah, mandi dulu.Hehe. Pagi tu kami ke Chroy Met Ri, jumpa anak angkat mak.Perjalanan mengambil masa 45 minit dari Phnom Penh. Sempat juga qurbankan 2 ekor lembu dan sempat lah aku melihat aktiviti qurban untuk tahun ni.Ingat tak dapat sebab dtg lewat...dapat jugak.seronok. alhamdulillah, selepas qurban , menziarahi penduduk kampung sekejap dan melawat kawasan .Macam YB pulak.Hehe
antara rumah - rumah yang ada kat kampung di kemboja.

.konsert kedua diteruskan di Masjid Negeri Kandall , Chroy Chong Wah pada malam itu. juga mendapat sambutan yang amat hangt dan panas..Terima kasih kat kawan2 devotees yang bersemangat menjayakan konsert tersebut. Suara depa memang best.

bersama kawan-kawan devotees sebelum pulang ke Malaysia

Perjuangan masih belum selesai. bantuan masih banyak perlu disalurkan. Usaha dalam membantu umat Islam tidak kira di mana jua perlu diteruskan tak kisah lah dalam ape bentuk sekalipun. Usaha ini diharap berterusan dan ramai yang akan turun bersama-sama menjayakannya.

2 comments:

Robihah Radzak said...

encik Muhammad di mana??..busy keje ke..heheh

rimbunanHati said...

en muhammad balik awal.kerja punya pasal.hehehe.