Monday, December 29, 2008

Kitab Cinta Yusuf Dan Zulaikha


Baru-baru ni mencari novel di MPh , alamanda Putrajaya. Dah lama tak baca novel sejak menghabiskan beberapa tulisan Habiburrahman El-Shirazy. yang terakhir pun tulisan John Gray, Men from Mars, Women From Venus.

Pernah luah pada seorang sahabat, Ibah, takut untuk membaca novel yang ada sekarang.Yang dulu punya pun tak baca jugak. Takut sebab boleh mengkhayalkan. Menjadikan kita berangan-angan seperti dalam novel tu. Dan boleh dikatakan novel yang ada sekarang lebih menekankan cinta sesama pasangan dan kurangnya penghayatan watak. Bukan itu sahaja, plot cerita yang hampir sama, dan pengakhirannya boleh diketahui tanpa perlu menghabiskan bacaan.
Namun, memang sebab dah minat sgt membaca novel, at the same time, di malam hari ada kelapangan selain memikirkan apa yang perlu dilakukan keesokkan harinya, cari jugaklah novel.

Ni novel yang pertama untuk Tahun Baru 1430 Hijrah. - Kitab Cinta Yusuf Dan Zulaikha-
Berlatarbelakangkan kawasan pedalaman Indonesia, ceritanya cukup indah dan disusun dengan berhati-hati. Setiapnya ada bait-bait cinta diselangi muhasabah kepada Yang Esa.

Ada sedikit lucu tatkala membaca novel ni.Pembukaannya menceritakan tentang golongan mahasiswa yang melaksanakan baktisiswa. Khidmat dilakukan di kawasan pedalaman dan sambutan oleh penduduk kampung sama seperti yang pernah aku alami. ya. sewaktu program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja 2008. Refresh kembali kenangan di situ. Tapi takdelah kisah cinta.Hehehe. Sebab tak sempat nak jumpa Bong Song Ha (abg Hensem) yang ada kat sana. Ada pun kebanyakkan dah kahwin sebab depa kahwin muda , umur 19 tahun.

Apa pun, seronok baca kitab cinta ni.Banyak koreksi diri perlu dilakukan. Luangkan masa diri anda untuk membaca.

P/s: hurm..masih ada beberapa muka surat La Tahzan perlu dihabiskan dan dfahami.Chaiyok2X!

2 comments:

sourplum said...

klu tulisan Habiburrahman sy baca buku ayat2 cnta je.
buku2 die yg laen besh jgk ke?

hurm.. buku John Gray, Men from Mars, Women From Venus pon sy da baca..
suke sgt buku tu. byk rupa nye yg kte salah phm terhadap ape yg pmpn buat.

erm. da abes ke baca "Kitab Cinta Yusuf Dan Zulaikha"??
klu da abes nk pjm.. please

rimbunanHati said...

dah abes baca dah..nnt dtg sy pinjamkan ye