Monday, December 29, 2008

Opah kahwin lagi



anak kucing yang tak pikir ape2.Tapi kita banyak perkara perlu difikir dan amanah kita amat besar.







selalu yang didengar ayah kahwin lagi..tapi kali ini opah kahwin lagi. Hehe. Opah saudara ku kahwin lagi. Dengan orang yang muda lagi darinya.Beza 5 tahun jugak lah. Dah jodoh ditakdirkan Allah s.w.t, semoga bahagia.

Baru-baru ini, sebuah story yang menyayat hati juga ku peroleh dari seorang teman. Kami mengenali insan dalam story tersebut. Cerita rumah dan tangga. Mereka berkahwin atas dasar cinta.Ye lah ..sekarang ni kalau tak cinta tak nak kahwin.Ish,ish,ish(sambil menggeleng
kepala)

Sambung story, pasangan tu dikurniakan beberapa orang anak. Namun , yang sedihnya, betapa berkiranya si suami, membiarkan anak menangis kelaparan barulah dibelikan beras.kalau tak, sanggup tunggu isteri balik belikan beras guna gaji isterinya dari menggunakan duitnya yang berlongok-longgok tu.Nak kata kedekut, ntahlah.Kucing pun tahu anak dia lapar dan cari makan untuk anak dia.kucing pun ada usaha.

'Bila cerita bab kedekut ni, ada pro dan kontra nye jugak.Teringat perbincangan di sebuah restoran Halal, Kemboja...tajuknya kedekut. Seorang abg ni kata, lelaki yang kedekut ni bila kahwin boleh dapat rumah besar..ada tau benefit dia. tapi kan cik abg, tak kisah laki ke perempuan, kedekut kenalah bertempat. hehe.'

Kalau ikut story teman aku tu, laki insan tu tanggung payment beli rumah. Isteri nya pula kerja danisterinya juga yang menyediakan keperluan rumah guna gajinya. ni dah tak de istilah kedekut. Ni kira dah tak tau tanggungjawab kat mana ntah.

Akhirnya, teman aku tu pesan, ko nanti jgn sebab cinta...tapi kerana Allah. Solat istikharah sebelum buat keputusan. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya.

So. buat opah saudara ku, semoga bahagia, buat insan itu, semoga diberi petunjuk oleh Allah kepada mereka sekeluarga dan kepada mereka yang kedekut..aku pun kedekut jugak.Sama-sama lah kita muhasabah diri.

No comments: