Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Coret coret hari sabtu...doaku utk semua.

hari ni...31 Januari 2009, dah sebulan masuk ke tahun baru..hujan dari tengah hari tadi dah mula berhenti. Sejuk rasa keadaan di Bangi ni.burrrrr. Semalam dah siapkan 3 kg DODOL KACANG MERAH ..bungkus tiga segi yg comel tu..utk di hantar ke kedai2 yang berkenaan. Dunia bisnes bukan lah senang seperti yg dilihat..bukan lah mudah nak kaya maksudnye. Pertama- mesti ada minat..kedua- mesti rajin...tapi semenjak dua ni ada malas sikit..huhuhu. Ape pun Chaiyok2. Lepas kelas fondant baru - baru ni , rasa semangat terus dtg kembali.

Bulan Februari bakal menjelma ..esok. Tak sabar nak isi borg kursus anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Ada bermacam-macam jenis kursus yang ditawarkan. Tahun lepas, sempat pergi satu je kursus-Penyediaan Makanan Barat II. Tak sempat nak habiskan kursus sebab masalah Kemboja.Huhuhu. Namun, alhamdulillah , ada jugak ilmu yang sempat dituntut dan dapat disebarkan esp masa Gerai Selera Murni @ Gerai Sabar Menanti. hehehe.

Dua tiga hari ni nak update blog …

Kelas Fondant (icing cake )

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Hari ini, kelas Fondant dapat dilaksanakan. di bawah kolej komuniti hulu Langat. sepatutnya kelas mula jam 8 pagi...tapi disebabkan ada masalah teknikal ...kelas mula jam 9 pagi. Berlangsung di Bengkel Zaisara enterprise, seramai 10 orang peserta yg terlibat.


kek buah yang telah diletak pembalut fondantMula2 sekali belajar mcm mane nak buat fondant...kek yang digunakan kek Buah. Tapi kek tu Cikgu yg bawak dan dah siap dengan marzipan di sekeliling kek. Kami siap bincang juga bahan-bahan yang digunakan mestilah halal. halalan toiyiba.

sedang menghias kek...baru belajar.





masih hias benda yang sama..kena praktis selalu.

Pastu berlangsung lah acara warna mewarna doh fondant dan acara cara menghias kek dengan Fondant. Kek yang menggunakan hiasan Fondant atau Royal Icing...memanglah mahal. Selalu utk sekilo kek RM 40.00 tak termasuk hiasan bung.Bunga dikira charge lain. Kalau yang 3 tingkat tu at least RM 400.00 .Wow!Mudah…

Kelas Fondant (icing Kek)

Satu kelas Fondant akan diadakan di bengkel Zaisara Entprise pada 28 hb januari 2009 ini.
Bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tgh hari.
Bayaran termasuk yuran kerajaan (RM 5.00) dan bahan2 nye- akan dimaklumkan apabila hadir.Dikendalikan bawah kolej Komuniti.
Kelas hanya terbuka kepada 15 orang.

Berminat untuk menyertai boleh hubungi saya segera - 013-6249318










Bisnes Perkhidmatan Merebus Telur

Nampak tak telur banyak2 ni? hehehe. Ini bisnes baru..esp musim org kahwin ni. Asalnye..bukanlah terfikir nak jadikan bisnes. Tapi permintaan seorang jiran tahun lepas, dan tahun ni pun kami mendapat tempahan juga..wah! bisnes bagus ni. Perkhidmatan Merebus Telur.
Kalu seratus dua tak lah perlukan perkhidmatan ni..tapi kalau dah dekat 1500 biji telur, perkhidmatan ni amatlah penting.
Tapi , seratus dua ratus pun kami terima jugak sebab sekarang ni suma org busy. Tak sempat nak fikir..so perkhidmatan kami ni amatlah sesuai untuk mereka yang ingin menagadakan majlis keramaian dan kenduri kendara.
Perkhidmatan termasuklah membeli telur, membasuh telur dan merebus telur.

Ini telur yang telah dibasuh dan dalam proses pengeringan.

ini pula antara telur yang telah direbus. Telur -telur ini akan dihantar kepada pelanggan untuk mereka menyiapkan bunga telur. - rupanye banyak sangat perkara yang boleh dijadikan bisnes dan kerjaya. nak atau tidak..terpulang pada kita. Usaha mesti ada.dan jangan lup…

Masakan yang mudah dan simple! SEDAP!

Hujung minggu ni selain dipenuhi dengan menyiapkan kuih muih, sempat juga menonton Ala Carte NTv7, utk dapatkan resepi yang baru. Ada beberapa resepi di bawah ni utk dikongsi bersama dan amat mudah untuk disediakan.



1. Heavy Load Milk Shake



bahan2-



Chocolate ( yg biasa -biasa di makan tu mcm van houten , cadburry..terpulang asal halal )

Ais Cube ( Defrost sekejap.If guna yg terus keluar dari peti ais boleh menyebabkan blender rosak)

Aiskrim ( ikutlah nak perasa apa..tapi disyorkan Choc.)

Fresh Milk



Blendkan semua yang diatas ( macam buat ice blended) then hiaskan dengan wafer dan

whipping cream





2. Seafood Bread Toast

- act tak ingat nama dia tapi ni bagi nama sendiri asal senang nak faham dan ingat.hehe-



bahan2 nye :



Bawang besar, bawang putih , daun leek @ daun bawang pun ok - cincang

isi ikan

isi udang

basil

oregano

cream

parmessan cheese

garam

black pepper

ROTI - mesti lah because dia watak utama.Dicdgkan guna Roti Perancis

Mozarella Cheese



Cara nye - bahan yang dicincang ditumis sehingga naik bau. masuk…

Saya suka KERJA saya.

Penat jugak hari ini...menyiapkan stok bagi produk Frozen Food Zaisara. Dari jam 8 pagi terus brterusan sampai 8.00 malam. Tapi tak kisah sgt..suasana kerja yang amat menyeronokkan. Bisnes sendiri. rasa penat , rehat. Lepas rehat sambung semula. Kalau rajin banyak, banyak lah income masuk. Kalau malas, tak dak lah duit untuk makan.

Bisnes sendiri

bila bisnes sendiri, banyak perkara perlu disusan dan dirancang. Banyak kemahiran dan perbincangan perlu dilakukan. banyak perkara perlu diperhatikan dan teliti..banyak-banyak pun ..lepas dah disenaraikan kenalah laksanakan. Bawah ni soalan2 yang org tanya kat diri ini lepas je dapat tau diri ini buat bisnes sendiri pas tamat belajar baru-baru ni.

1. Produk ape nak jual?
frozen food, kek, biskut, katering
2. Tahu tak nak buat?
Tau.Sebab mmg minat , siap pergi kursus. Dan rajin mencuba. pasti dapat yang best. Buat
masa ni, rasanya dah dapat resepi yg paling sedap.
3. nak jual kat mana?
mmm...jual kat kedai frozen dan runcit. Tapi kena bukak juga outl…

Tatkala aku....

tatkala ku bangun subuh
persiapkan diri menghadap Ilahi
merintih dan merayu
di atas sejadah yang lusuh
memohon merayu
selamatkan saudaraku di Palestine

tatkala ku menatap berita
sebak kurasa
sayu yang teramat hiba
melihat saudaraku
berbalut, tertimbus,menangis
namun ku kagum melihat
si cilik yang kental
seukir senyuman dihadiahkan
menahan keperitan

tatkala ku memasak di dapur
buat keluarga tersayang
teringat sahabat ku di sana
sempatkah dia makan
apakah yang dia makan hari ini?
semalam?
esok? lusa?
daging atau roti?
atau pun debu2 yang berterbangan menjadi santapan
menahan kelaparan

tatkala ku bergurau senda bersama keluarga
teringat teman di sana
apakah yang sedang dihapi
menahan bedilan bom Yahudi
menahan runtuhan bangunan akibat bedilan musuh
sempatkah dia ketawa
sempatkah dia senyum

ku menjadi sayu setiap masa
berdoa dan terus berdoa
Ya Allah
Engkaulah Tuhan yang maha Agung
Selamatkanlah saudaraku di Palestine
Berilah kekuatan pada mereka
Kukuhkanlah …

Pilihanraya Kampus dah kembali

Pilihanraya kampus dah kembali. hari ni penamaan calon di UKM. USM hari isnin nanti. yang lain2 tak tau. Org dah habis belajar..mulalah tak amek tau.Huhuhu. Tapi ape pun selamat berjuang buat teman2 yang sedang bertanding di UKM khususnya. Moga GMUKM dapat memenangi majoriti. Amin.

Teringat masa bertanding pilihanraya sesi lepas.2007/2008. Time tu bulan Ramadhan. Sememangnye jadual yang amat padat. tapi seronok.dapat bnyk penagalaman dan pelbagai ragam teman2 dapat dilihat.Hehehe. Siang hari, belajar dan berkempen. tepat jam 7 malam dah kena ada kat rumah. Then malamnye, buat biskut raya, tempahan org. Sememangnye pahit manis.

Dahlah tak berlatih...yela, bukan senang tau nak bercakap depan org ramai. Terutama kawan2 sendiri.Orang tak kenal kurang sikit malu.tapi bila dia kenal kita, adus. malunye. Kena tunjukkan yang terbaik. "Kempen sayalah pemimpin yang anda boleh harapakan". Hehe. Berlatih pun sendiri-sendiri kat rumah. Dengan mak.(sebab mak tak kasi keluar malam..latihn pu…

Berwudhuk Zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Set…

Adikku ku Sayang.

Petang semalam, adikku (Fat) tepon dari asrama dia , aku angkat. Dia nak cakap dengan mak...maka passlah kat mak.Lepas sembang2, dia tanya sape yg angkat tepon. Maka, berlaku lah perbualan seperti di bawah:

Fat : sape angkat tepon tadi mak?
Mak: Org gaji baru mak.
Fat: Oh!
Mak: nak tau sape nama dia ke?
Fat: boleh jugak.
Mak: nama dia Sarah Binti Azizul
Fat: eh sama dengan nama kakak Fat. Ok Lah bye.

Then mak letak tepon.Pastu mak citerlah ...mak kata aku org gaji baru dia. Mengamuk lah aku.ade ke org gaji. Mak kata lah, "sabarlah dulu.Tak abes citer lagi"..mak pun sambunglah citer seperti diatas. Kahkahkahkah. lawaklah adik ku sorg ni. Dia tak perasan kakak dia dan org gaji baru tu adalah org yg sama.

Tapi, adikku yg sorg ni mmg amat baik.Solat ikut waktu.Asal azan je, dia dah siap kat sejadah. Selalu ajak jemaah.Seorg yang amat lurus.Lawak2 dia amat murni. Selalu je aku muhasabah diri bile tgk dia. Tapi ada satu yg dia belajar dari aku, Bergaya.sebb dia tak berkenan dgn cara aku be…

Business Card ku yang baru!

Ini lah Business card ku yang baru. Telah di design kan oleh Halim Neurotic studio
Bila dah ada ni bertambah rasmilah aku sebagai Pengurus Operasi Zaisara. Keputusan yang diambil untuk menguruskan syarikat ni lepas tamat pengajian merupakan antara yang terbaik untuk masa depan syarikat dan diriku. Oh, ku bahagia!

Buat masa ni, produk Zaisara entp ialah
Biskut raya - sepanjang tahun.Nak tempah untuk hantaran dan hamper pun boleh. nak makan saje2 pun boleh.


Frozen Food - jualan sebelum bulan Ramadhan. ada karipap ayam, Karipap daging , mini Popia Sosej dll.Dodol Kacang Merah - warisan keluarga sebelah Mak. Amat lazat.nyum-nyum.
Katering - Oderlah apa sahaja menu yang terlintas di fikiran anda. Insya Allah kami boleh realisasikannya. Harganya pun pasti memuaskan hati anda. Best Home Cooking.

doaku untuk Gaza

"Slm kpd seluruh aktivis dakwah kampus: lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut Nazilah), solat ghaib dan bacaan Al-Quran berjemaah(Al-Mulk@ Taubah@Anfal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin , kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan Murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka.Lakukan bermula malam ini dan berterusan.Wajibkan pada diri aktivis dulu dan ajak2 teman lain. Angka terkini Syahid 380+ Cedera 1750. Berdoa untuk mereka saat ini adalah fardhu ain.segera laksanakan.send pada sahabat2 kampus lain."

Pesanan Ringkas yang diterima pada sehari sebelum Tahun baru. Tak sempat untuk mengfowardkan pada sahabat2 lain .Kredit tak mencukupi. Tapi sempat sampaikan kepada org yang berada di sekeliling pada waktu itu.

tatkala melihat berita yang disampaikan berkaitan Gaza-Palestine. Hati merintih sayu...mengalir air mata melihat keperitan yang dialami.Apa yang sebenarnya yg difikirkan oleh Israel. Pastinya menghancurkan Islam.

Hari tersebut juga sedang o.t.w ke …