Skip to main content

Adikku ku Sayang.

Petang semalam, adikku (Fat) tepon dari asrama dia , aku angkat. Dia nak cakap dengan mak...maka passlah kat mak.Lepas sembang2, dia tanya sape yg angkat tepon. Maka, berlaku lah perbualan seperti di bawah:

Fat : sape angkat tepon tadi mak?
Mak: Org gaji baru mak.
Fat: Oh!
Mak: nak tau sape nama dia ke?
Fat: boleh jugak.
Mak: nama dia Sarah Binti Azizul
Fat: eh sama dengan nama kakak Fat. Ok Lah bye.

Then mak letak tepon.Pastu mak citerlah ...mak kata aku org gaji baru dia. Mengamuk lah aku.ade ke org gaji. Mak kata lah, "sabarlah dulu.Tak abes citer lagi"..mak pun sambunglah citer seperti diatas. Kahkahkahkah. lawaklah adik ku sorg ni. Dia tak perasan kakak dia dan org gaji baru tu adalah org yg sama.

Tapi, adikku yg sorg ni mmg amat baik.Solat ikut waktu.Asal azan je, dia dah siap kat sejadah. Selalu ajak jemaah.Seorg yang amat lurus.Lawak2 dia amat murni. Selalu je aku muhasabah diri bile tgk dia. Tapi ada satu yg dia belajar dari aku, Bergaya.sebb dia tak berkenan dgn cara aku bergaya.Sempoi abis. aduhai..kalu dulu, dia bedal je baju ap2. La ni, kena matching2 katanye. Lagipun kwn2 dia suma urban girl. no wonderlah. Cuma kena jaga sikit cara dia bergaya. Alhamdulillah, tudung labuh tetap labuh. Birthday dia baru2 ni, kwn dia bagi t-shirt ketat. Aduh! nak marah pun hadiah kwn dia. Tapi dia guna tuk pakai tidur. Punya lah mahal baju tu bwk tidur je. Tapi nak tidur kena lah paka baju yg sedap2. Baru lena tidur. hahaha.

Inilah Adikku yang ke 6 yang ku syg. Semoga Allah s.w.t merahmati hidupnya, diberi petunjuk dan dilapangkan rezeki.

Comments

sourplum said…
nk syg adek kmu jgk la
lalala~
Anonymous said…
comelnya adik sarah..lawak :P
adik yg ke4 said…
tue adek ak gak..adik baik macm tue tengoklah siapa kakak atas die, terutama yg ke 4 ..kuikuikui
rimbunanHati said…
adik ku yg ke-4, ko study kat kedah tu lek lok.jgn asyik dingorat.

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…