Skip to main content

Bisnes Perkhidmatan Merebus Telur


Nampak tak telur banyak2 ni? hehehe. Ini bisnes baru..esp musim org kahwin ni. Asalnye..bukanlah terfikir nak jadikan bisnes. Tapi permintaan seorang jiran tahun lepas, dan tahun ni pun kami mendapat tempahan juga..wah! bisnes bagus ni. Perkhidmatan Merebus Telur.
Kalu seratus dua tak lah perlukan perkhidmatan ni..tapi kalau dah dekat 1500 biji telur, perkhidmatan ni amatlah penting.

Tapi , seratus dua ratus pun kami terima jugak sebab sekarang ni suma org busy. Tak sempat nak fikir..so perkhidmatan kami ni amatlah sesuai untuk mereka yang ingin menagadakan majlis keramaian dan kenduri kendara.

Perkhidmatan termasuklah membeli telur, membasuh telur dan merebus telur.


Ini telur yang telah dibasuh dan dalam proses pengeringan.


ini pula antara telur yang telah direbus. Telur -telur ini akan dihantar kepada pelanggan untuk mereka menyiapkan bunga telur.
- rupanye banyak sangat perkara yang boleh dijadikan bisnes dan kerjaya. nak atau tidak..terpulang pada kita. Usaha mesti ada.dan jangan lupa Tawakal. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui -













Comments

lyza said…
Assalammualaikum...

Perkhidmatan ni masih ada lagi ke? Kalau ada macam berminat lak pulak...kalau saya minta rebus kan 1200 telur dan hantar ke ipoh rasa nyer boleh tak?
Wati Dahari said…
Perkhidmatan ini ada lagi? Jika ada, bagaimana harganya.

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…