Skip to main content

Coret coret hari sabtu...doaku utk semua.

hari ni...31 Januari 2009, dah sebulan masuk ke tahun baru..hujan dari tengah hari tadi dah mula berhenti. Sejuk rasa keadaan di Bangi ni.burrrrr. Semalam dah siapkan 3 kg DODOL KACANG MERAH ..bungkus tiga segi yg comel tu..utk di hantar ke kedai2 yang berkenaan. Dunia bisnes bukan lah senang seperti yg dilihat..bukan lah mudah nak kaya maksudnye. Pertama- mesti ada minat..kedua- mesti rajin...tapi semenjak dua ni ada malas sikit..huhuhu. Ape pun Chaiyok2. Lepas kelas fondant baru - baru ni , rasa semangat terus dtg kembali.

Bulan Februari bakal menjelma ..esok. Tak sabar nak isi borg kursus anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Ada bermacam-macam jenis kursus yang ditawarkan. Tahun lepas, sempat pergi satu je kursus-Penyediaan Makanan Barat II. Tak sempat nak habiskan kursus sebab masalah Kemboja.Huhuhu. Namun, alhamdulillah , ada jugak ilmu yang sempat dituntut dan dapat disebarkan esp masa Gerai Selera Murni @ Gerai Sabar Menanti. hehehe.

Dua tiga hari ni nak update blog tak sempat ..huhu. tapi ada banyak perkara yang hendak dikongsi. Tapi sempat juga berchatting dgn kwn lama..kwn sekolah khususnya.Lama sungguh tak ketemu mereka. Sedang mencari masa dan waktu yang sesuai untuk bertemu...sambil2 berfikir nak mengembangkan sayap perniagaan yang tak kembang.

Semalam...teman bibik jiran sebelah beli Rantai Emas utk bakal menantu dia..kat Poh Kong lagi tu.sbb kedai tu je yg dekat. Ingt nak g habib jewel..jauh pulak ke putrajaya.hehe. Bibik beli rantai besar jugaklah...sbb boleh lah org peraan rantai tu.Huhu. paling ringan tapi harga dia WOW! ape pun moga bibik bahagia bersama anak dan bakal menantunye.Kemudian sempat juga membeli belah barang - barang utk membuat Heavy Choc Milk Shake. Rasanye..nyum nyum. saya pernah sertakan resepi tersebut pada entri sebelum ni.

Masih mencari-cari dan menyusun atur blog ini supaya nampak selesa dan menarik(masih belajar) ..terutama untuk saya membaca, hehe dan untuk kwn2 yang amat sy sayangi yg suka menyinggah dan tak lupa juga pada pengunjung blog yang lain. Terima kasih.

Sejak tamat pengajian baru-baru ni..rasa seonok pun ada..teutama ada masa sendiri.hehe. Namun, alhamdulillah, selagi umur masih panjang, tubuh masih sihat, akal masih aktif..saya akan meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang statistik atau Kualiti. Tidak terfikir akan menjadi realiti..kerana tak bercadang untuk menyambung.tetapi harapan, doa dan sokongan daripada mak dan abah khususnya membantu saya meneruskan hasrat mereka ini. Niat di hati nak berhijrah ke bidang lain..namun setelah dibahaskan bersama keluarga dan pensyarah..Statistik jugalah pilihannya.

Doakan saya agar saya dapat meneruskan kehidupan ini ,dilapangkan rezeki, dberikan ketabahan untuk terus berjuang dan mendapat keredhaan di dunia dan akhirat. Dan doa ini juga saya tujukan kepada semua ahli keluarga tersayang, sahabat handai yang sering dirindui , pengunjung blog ini dan kepada seluruh umat Islam di muka bumi. Amin .

Comments

salsabil_3001 said…
insya Allah, sal doakan yang terbaik tuk sarah.. salam rindu dan sayang dari sal.. =)

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …