Friday, January 2, 2009

doaku untuk Gaza

"Slm kpd seluruh aktivis dakwah kampus: lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut Nazilah), solat ghaib dan bacaan Al-Quran berjemaah(Al-Mulk@ Taubah@Anfal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin , kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan Murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka.Lakukan bermula malam ini dan berterusan.Wajibkan pada diri aktivis dulu dan ajak2 teman lain. Angka terkini Syahid 380+ Cedera 1750. Berdoa untuk mereka saat ini adalah fardhu ain.segera laksanakan.send pada sahabat2 kampus lain."

Pesanan Ringkas yang diterima pada sehari sebelum Tahun baru. Tak sempat untuk mengfowardkan pada sahabat2 lain .Kredit tak mencukupi. Tapi sempat sampaikan kepada org yang berada di sekeliling pada waktu itu.

tatkala melihat berita yang disampaikan berkaitan Gaza-Palestine. Hati merintih sayu...mengalir air mata melihat keperitan yang dialami.Apa yang sebenarnya yg difikirkan oleh Israel. Pastinya menghancurkan Islam.

Hari tersebut juga sedang o.t.w ke Ipoh.ada sedikit tugasan perlu dilaksanakan. Di Dalam kereta, kami( aku bersama pakcik2 an makcik) membincangkan tentang Gaza ini. Teringat pesanan naqib, jika awak tak mampu nak ke sana, awk tulis, join forum dan bincangkan pasal Palestine ini. sampaikan pada sahabat2 lain. Agar mereka turut sama menginsafkan diri dan sama-sama mendoakan kemenangan Islam.

" Ya -Allah , hamba Mu ini lemah, tidak berdaya, hamba yang hina.Aku memohon pada Engkau yang maha Agung, Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, Tuhan yang Maha Mengetahui , Tuhan Yang Maha Pelindung, bantulah umat Islam di Palestine.Berilah kekuatan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan, teguhkan lah hati mereka juga hati-hati seluruh umat Islam di muka bumi ini. Sesungguhnya, perjuangan di jalan Mu , Keredhaan Mu yang kami harapkan.Kemenangan Islam yang Agung. Ampunkan dosa kami Ya Allah."

No comments: