Skip to main content

Kelas Fondant (icing cake )

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Hari ini, kelas Fondant dapat dilaksanakan. di bawah kolej komuniti hulu Langat. sepatutnya kelas mula jam 8 pagi...tapi disebabkan ada masalah teknikal ...kelas mula jam 9 pagi. Berlangsung di Bengkel Zaisara enterprise, seramai 10 orang peserta yg terlibat.


kek buah yang telah diletak pembalut fondant

Mula2 sekali belajar mcm mane nak buat fondant...kek yang digunakan kek Buah. Tapi kek tu Cikgu yg bawak dan dah siap dengan marzipan di sekeliling kek. Kami siap bincang juga bahan-bahan yang digunakan mestilah halal. halalan toiyiba.



sedang menghias kek...baru belajar.





masih hias benda yang sama..kena praktis selalu.

Pastu berlangsung lah acara warna mewarna doh fondant dan acara cara menghias kek dengan Fondant. Kek yang menggunakan hiasan Fondant atau Royal Icing...memanglah mahal. Selalu utk sekilo kek RM 40.00 tak termasuk hiasan bung.Bunga dikira charge lain. Kalau yang 3 tingkat tu at least RM 400.00 .Wow!Mudah nye nak kenal kek ni kek keras yang selalu org wat tuk kenduri kahwin...3,4,5 tingkat. Kek kahwin saya ...saya buat sendiri sbb dah belajar.Hehehe.



ini kek yang dah siap.cantik tak?



mahal ni...RM75.00.



dua kek yang sempat kami hias hari ini.
Apa yang pasti..nak mahirkan ilmu yang diperoleh ni kena sampaikan pada org lain dan kena praktis selalu. Hari Isnini, Insya Allah , akan diadakan kelas buat bunga Fondant pula... Kelas fondant ni kalau belajar kat luar kurang2 RM 150.00 ...tapi kelas ni hehehe...tak sampai RM 50.00. Alhamdulillah.

Comments

Bila ko nak buat kek untuk diri ko??
sourplum said…
bengkel zaisara ent?
tu kira part of ur bisnes gk ke
rimbunanHati said…
bengkel zaisara tu kira kilang kamilah
aini said…
sarah...hmm minat gK ngn wat hiasan kt atas kek ni..huhu..tp xpandai wat kek...
nisazmi said…
a'kum..
nak tanya, nak belajar tu kat mana .leh joint ke..hope u can share
mc'eja said…
salam. boleh tau x, class ni masih ada? klu ada, blh tlg email sy x? tq. ejakamel@yahoo.com

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …