Skip to main content

Saya suka KERJA saya.

Penat jugak hari ini...menyiapkan stok bagi produk Frozen Food Zaisara. Dari jam 8 pagi terus brterusan sampai 8.00 malam. Tapi tak kisah sgt..suasana kerja yang amat menyeronokkan. Bisnes sendiri. rasa penat , rehat. Lepas rehat sambung semula. Kalau rajin banyak, banyak lah income masuk. Kalau malas, tak dak lah duit untuk makan.

Bisnes sendiri

bila bisnes sendiri, banyak perkara perlu disusan dan dirancang. Banyak kemahiran dan perbincangan perlu dilakukan. banyak perkara perlu diperhatikan dan teliti..banyak-banyak pun ..lepas dah disenaraikan kenalah laksanakan. Bawah ni soalan2 yang org tanya kat diri ini lepas je dapat tau diri ini buat bisnes sendiri pas tamat belajar baru-baru ni.

1. Produk ape nak jual?
frozen food, kek, biskut, katering
2. Tahu tak nak buat?
Tau.Sebab mmg minat , siap pergi kursus. Dan rajin mencuba. pasti dapat yang best. Buat
masa ni, rasanya dah dapat resepi yg paling sedap.
3. nak jual kat mana?
mmm...jual kat kedai frozen dan runcit. Tapi kena bukak juga outlet sendiri. sebab nak
tampung kos yang makin meningkat.
4. ada rancang nak bukak kedai sendiri?
ADA. dalam proses pembinaan. tgh ukur dan tak lama lagi dalam sebulan dua ni adalah
Zaisara Home Bakery.
5. Macam mana dgn pengurusan dan pemasaran ? Ada guna kemahiran luar?
Sendiri. Semua buat sendiri. Belajar dari bawah. Baru tahu kelemahan dan kekuatan produk
dan diri. Hasil dari pembelajaran softskill dan penglibatan aktif masa kat kampus dulu amat
membantu dalam pemasaran dan hubungan karier.
6. tak rasa rugi ke buat bisnes sendiri? EPF takde...pencen apetah lagi...
TAK. rasa bahagia sangat sebab ade masa sendiri. suka ati nak kerja bile. Tapi kerjaya ini
mendidik diri berdisplin dan lebih mengatur masa. EPF boleh wat.Pencen pun sama. Ada
dalam rancangan syarikat. tahun depan mula EPF.
7. Belajar tingi-tinggi , last2 duk umah..buat bisnes mula dari bawah..apa perasaan?
BAHAGIA. Untuk menjadi yang terbaik, perlu mula dari bawah. Dan setiapnya telah
ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Minat ke situ dan rezeki pun di situ. ada hikmah setiap satu nya.
kalau nak dibincangkan ...panjang lagi jawapannye. apepun..bukanlah belajar tingi-tinggi, lepas
graduate akan terus dapat kerja dan bukanlah semua kerjaya itu sesuai di jiwa. justeru ,
lakukan sesuatu yang memberi kedamaian jiwa.

Inilah jawapan yang diri ni usaha bagitau suma org yg bertanya. diri ni rasa bahagia dengan ape yang diri ni sedang wat sekarang. Doakan saya. ada rezeki tahun depan boleh g umrah dan haji guna duit sendiri.itu harapan dan pada msa sama niat untuk membantu Islam dengan menekankan Halalan toiyiba.Takbir!!

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …