Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Hari - hari akhir di sekolah

Hari -hari akhir di sekolah..bunyi macam nak abes belajar kat sekolah menengah ..tapi sebenarnya nak abes mengajar di sekolah. Hehehe...ni bukan tanda gembira tapi adalah sikit gembira sebab akhirnya boleh lah menyambung aktiviti dan urusan syarikat yang ditinggal-tinggalkan sebulan lalu.
Memanglah sayang jugak kat budak-budak tu...nakal,bega,degil,baik,comel,mulut murai dgn erti kata lain..semua adalah. hehehe..tapi minat yang ditinggal menanti-nanti.
Biskut ntah ke mana, kuih pun ntah kemana..
Hari -hari akhir di sekolah ni , badan mula tak berapa sihat..asyik meredah hujan ketika balik ke rumah...nak mengajar pun tak berapa ada mood..sebab tak berapa nak selesa hidung, tekak dan kepala terutamanya...
Tapi..apa pun, amanah tetap amanah..sampaikan ilmu selagi mampu...selagi mulut boleh berkata, tangan boleh menulis, kaki mampu melangkah ...ku gagahkan juga diri ini demi menunaikan amanah yang murni. semoga Allah memberkati segala pengajaran ku selama ini.
esok hari terakhir di sekolah...
d…

Selamat hari lahir ke 23-muhasabah diri-

Mak dan Abah tersayang
Hari ini 23 hb Februari 2009, Genap umurku 23 tahun. Semakin bertambah amanah. semakin bertambah tanggungjawab, semakin teringat perit jerihnya mak abah besarkan saya sehingga sekarang.

Teringat dulu, sewaktu berusia 5 tahun, di sebuah Taska ABIM, sebuah lagu yang sering dinyanyikan bersama kawan-kawan taska sebelum pulang ke rumah..syahdu bila teringat lagu tu. Ummiku Sayang.



memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

memanca…

Memperindahkan diri

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukupdengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, le…

Kemboja datang lagi....Langkawi menanti

Pulau Langkawi

Bulan 6 ini Insya Allah, ada trip keluarga ke Pulau Langkawi. Bukan trip yang kecil tetapi besar jugak kerana hampir 2 buah bas penuh yang akan ke sana.Wow! ramai jugak tu...dulu buat program bawah fakulti ke Cameron Highlands 3 buah bas. Yang ini pula 2 buah bas..maintain. Cuma , yang menarik untuk trip kali ini ialah snorkeling, mencandat sotong dan memancing selain shopping(favourite orang malaysia) dan jalan makan angin.

Pada bulan yang sama...jika diizinkan Allah s.w.t , ke Kemboja lagi..atas urusan kerja.Bukan tak seronok..seronok...sebab walaupun selalu jugaklah ke Kemboja tetapi setiap pengalaman yang diperolehi amat berbeza.

Bersama cucu Tuan Mufti Negara Kemboja

Ini bukan dilema..sebaliknya dua perancangan besar yang saling timbal balik. Andai tak ke Kemboja, Langkawi dah menanti.

Hari ini juga, saya telah bercerita kepada sahabat-sahabat guru di sekolah tentang perjalanan dan pengalaman saya di Kemboja terutama sewaktu mengadakan program Baktisiswa Masyarakat Is…

2009 Tahun Pernikahan

Setiap tahun..pasti ada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga..bukan satu dua..lebih dari tu.
Tahun 2009 yang saya maksudkan bukanlah satu tahun itu ja tahun pernikahan..nak nikah tahun bila-bila ikutlah...bukan ada syarat pun tahun-tahun tertentu kena nikah.
Cuma , saya dah dapat jemputan untuk walimah sahabt-sahabat saya yang akan dilangsungkan hujung tahun ni. Insya Allah..2 walimah dah pasti kena pergi...kalau saya tak bertugas di Kemboja hujung tahun ni.
Ada lagi 2 walimah "on the way" dalam jemputan saya..tahun ni jugak..dan tak silap bulan 6 @ 12..hmm..memang musim cuti sekolah.musim kenduri kendara.

Baru 4 walimah...ada lagi 2 3 yang saya akan dapat tak lama lagi..kena susun jadual nampak gayanya cik sarah.
Tahun 2008 yang lepas, juga mendapat banyak walimah tetapi tarikh-tarikhnya pada waktu saya sedang bertugas di Kemboja..jadi saya tak dapat hadir ke walimah mereka. Maaf. Sempat lagi rasanya mengucapkan Selamat pengantin Baru buat teman-teman yang telah mendirikan…

Semangat Persahabatan

Hari ni rasa malas nak masuk mengajar...mungkin sebab tak sabar nak abes kerja kot. Tapi, awal jugak saya sampai sekolah pagi tadi. Punch kad tepat jam 7.30 pagi. Menyahut seruan pengetua sekolah..datang awal ke sekolah. Hehehe..kira selalu lewat sikit je, hehe.

Tapi semangat mengajar datang semula...setelah mendapat pesanan ringkas dari seorang sahabat yang amat disayangi...Nur Hafizah...

" Dalam kita berukhwah kerana Allah, pasti hati akan diuji, terkadang hingga diri tertunduk lemah, betapa kerdilnya diri di hadapan Allah...tak mampu keseorang dalam melayari kehidupan. Perlunya teman penyuluh perjalanan yang kabur....kerna itu, perlunya ikatan persahabatan, maka jalinkan ikatan persahabatan di atas ukiran keikhlasan ,& kejujuran yang bersulamkan kasih dan sayang. Moga tautan ukhwah fillah tidak kan terputus dilanda ujian "




Selepas dapat pesanan ringkas tu...mula terfikir...persahabatan bukan sahaja antara sahabat dan teman..malah antara ibu dan anak,ayah dan anak,guru da…

Pesta Buku Bangi 2009

JOM MERIAHKANNYA BERSAMA

Sifir Siput

Mengajar di kemboja...tetap mengajar tugasnya.



Sudah masuk minggu ke dua saya mengajar di sebuah sekolah Menengah persendirian. Alhamdulillah , masih berupaya meneruskan perjuangan. Kontrak hanya sebulan , menggantikan guru bersalin. Ada lagi 3 minggu untuk dihabiskan. tapi bukan hari yang dihitung, minggu yang dibilang..yang menjadi ggusar di hati..apakah pengajaran saya difahami oleh pelajar-pelajar saya? adakah penyampaian saya mudah untuk mereka fahami pelajaran mereka? Itulah yang selalu bermain di fikiran saya.

Sebelum ke sekolah, sambil memandu meneuju ke sana, doa tidak putus-putus meniti di bibir agar diberi kekuatan untuk mengajar , diringankan lidah untuk lancar berkata-kata, dilapangkan dada para pelajar agar mudah menerima ilmu dan faham apa yang diajarkan.

Tetapi hari ini saya tersedar sesuatu...saya tertinggal satu doa...saya terlupa untuk mendoakan agar para pelajar saya tidak nakal, baik tingkah laku mereka dengan kawan-kawan dan guru mereka, mendengar kata dan mudah ber…

Sahabat, Teman, Kawan

Semenjak dua ni terlalu kerap mendengar lagu Teman Terlalu Akrab oleh kump Sofieya.
Teringat kawan - kawan yang selalu bersama dangan saya..tak kira susah ,senang,gembira, marah, geram, seronok , hiba, sayu, bahagia, aman, dan sentosa.Mula terkenang aktiviti yang sering dilakukan bersama...gurau senda, gosip panas, luahan perasaan , bersiar bersama-sama teman2, dan paling kerap yang dibuat bersama ialah makan bersama dan buat program bersama.


Teman-teman yang sama-sama bersusah payah

Suka pening-pening dgn teman-teman. Teman saya ramai..perempuan dan lelaki. suma ada teman , kawan dan sahabat. Sekurang-kurangnya seorang. Teringat satu majlis Walimah di Puchong, pengerusi bermadah , " Kawan biar seribu, Kasih biar satu, Nikah biar sekali..." , Hehe
Terkejut juga mendengar madah pengerusi..tapi saya suka.Boleh guna untuk usik kawan-kawan yang suka bab nikah kahwin ni.Terutama yang memang lah nak menambah-nambah.


Kadang kala teringat pula masa bergaduh..fuh! jiwa dan raga dipendam…

Pemikiran terbuka ? Jemu bagi pendapat?

Pagi - pagi lagi, di hari cuti, satu perbincangan yang tidak begitu tertekan tetapi menyeronokkan juga sebenarnya telah berlaku di alam maya. Perbincangan bermula dari isu pertukaran Pemimpin di Perak.Teringat kelas Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal yang lepas...terasa ingin membuat akta baru..setiap pemimpin perlu atau wajib ada sijil kelas kemahiran kepimpinan. Sekurang-kurangnya dapat menilai kelemahan dan kekuatan diri dari sudut seorang pemimpin biarpun pandangan yang berbeza.

Dari isu perak, terselit luahan rasa..jangan jemu bagi pandangan. hemm, tak sangka sahabat di sana memahami. Kenapa saya jemu...saya bukanlah seorang pemikir politik, penilai sasterawan, pengkaji sains atau seorang Ustazah yang boleh memberikan pandangan terhdapat hukum hakam Islam. Hanya kerana seorang yang kerdil..tidak mendapat tempat di mana-mana hati dan mata manusia. Yang penting di pandangan Allah s.w.t. saya cuma aktif di Universiti..tidak aktif dalam penulisan ..keaktifan di teruskan di kampung…

Dodol Kacang Merah...Dodol Pulut Hitam - Istiqamah

ISTIQAMAH, ISTIQAMAH, ISTIQAMAH
Hari-hari mak cakap pasal istiqamah. Mak istiqamah dalam melakukan kerjanya. dan amat bersemangat. Sifat dan sikap tu menurun kat saya..adelah sikit tapi rasenye banyak.
Minggu ni amat istiqamah dalam menyiapkan dodol Kacang Merah dan dodol Pulut Hitam. Antara dodol yang jarang didengar atau dijumpai di mana-mana tempat. Boleh dikatakan resepi keluarga juga dari Sabak Bernam.

Rasanya? sedap dan lazat.Sekali makan pasti nak lagi. Pelanggan yang pernah merasa , sehingga hari ini, Alhamdulillah, amat meminati dodol kacang merah dan pulut hitam tersebut. dodol Pulut hitam rasa nya unik dan sedap. bagi penggemar pulut hitam dan kacang merah, dapatkan Dodol Kacang Merah dan Dodol Pulut Hitam ini..dgn menghubungi saya.

Peminat dodol ni jangan disangka hanya dikalangan mereka yang berusia...kanak-kanak berusia 4 tahun juga amat meminati dodol. Dodol makanan tradisional yang sekarang ini mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Saya tak dapat nak uploadkan produk…

Cara-cara menangani Masalah yang sedang dihadapi

1.Terima kenyataan bahawa kita sedang menghadapi masalah. - Berhenti menyalahkan orang lain terhadap masalah yang sedang kita hadapi. Anggap masalah itu sebagai peluang untuk menguji keupayaan kita. Jangan duduk temenung.2. Mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi. - Sekali lagi, berhenti menyalahkan orang lain. Sebaliknya mencari apa masalahnya. Senaraikan masalah yang dihadapi.3. Masalh itu milik siapa. - Setelah senaraikan masalah, kenal pasti hak milik masalah tersebut.Jangan bebankan diri memikirkan masalah milik orang lain.4. Berbincang dengan orang lain. - Pilih orang yang sesuai, kebiasaannya orang yang berpengalaman dan boleh membantu memberikan idea.5. Kenapa masalah itu timbul - Punca belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Tetapi penting untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang.6. Apa yang memburukkan lagi keadaan. - Mengenal pasti perkara yang memburukkan keadaan adalah baik dan di peringkat tindakan, kita dapa…

Stuffed Chicken

Baru-baru ni dapat resepi baru,stuffed chicken.Itupun tgk kan Tv. Simple,senang dan sedap tgk chef tu buat..so try jugak buat sendiri. hasilnye macam di atas cuma ade beberapa saya ubah sikit ikut tekak melayu.

Stuffed Chicken

Ayam ( 4 bahagian) - boneless..nak daging je
Perap daging ayam dengan garam dan black pepper dan sos tiram sebagai perasa.

Bahan-bahan yang hendak dibalut dengan ayam -
bread crumb atau roti yang dikisarCendawan shitake (jika minat)Bawang besar, bwg putih Cream masakanparsleybasil Bahan- bahan diatas dikisar bersama..selepas itu balutkan bahan tersebut dgn daging ayam dan ikat daging ayam tu. Kira macam buat daging ayam berinti.Selepas itu, daging tersebut digrill sampai masak.Mudahnye masak atas kuali dgn sedikit minyak.Kuahnye:Bawang besar, bawang putih cincangSos SpeghettiSos ciliSos tomato (jika minat masam)Black peppergaram stok ayamTumis bawang sehingga wangi, masukkan sos speghetti dan bahan-bahan lain..kacau hingga pekat.hidangkan bersama daging ayam tadi.