Skip to main content

2009 Tahun Pernikahan

Setiap tahun..pasti ada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga..bukan satu dua..lebih dari tu.
Tahun 2009 yang saya maksudkan bukanlah satu tahun itu ja tahun pernikahan..nak nikah tahun bila-bila ikutlah...bukan ada syarat pun tahun-tahun tertentu kena nikah.
Cuma , saya dah dapat jemputan untuk walimah sahabt-sahabat saya yang akan dilangsungkan hujung tahun ni. Insya Allah..2 walimah dah pasti kena pergi...kalau saya tak bertugas di Kemboja hujung tahun ni.
Ada lagi 2 walimah "on the way" dalam jemputan saya..tahun ni jugak..dan tak silap bulan 6 @ 12..hmm..memang musim cuti sekolah.musim kenduri kendara.

Baru 4 walimah...ada lagi 2 3 yang saya akan dapat tak lama lagi..kena susun jadual nampak gayanya cik sarah.
Tahun 2008 yang lepas, juga mendapat banyak walimah tetapi tarikh-tarikhnya pada waktu saya sedang bertugas di Kemboja..jadi saya tak dapat hadir ke walimah mereka. Maaf. Sempat lagi rasanya mengucapkan Selamat pengantin Baru buat teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga , tingkap,pintu,dll bulan 12 lepas.



Satu pesanan yang saya peroleh dari seorang ustaz .....
" Perkahwinan bukan mengambil seseorang menjadi pasangan kita...tetapi mengubah diri kita menjadi ahli baru pada satu keluarga yang lain"

Perkahwinan bukanlah semata-mata kerana cinta antara dua insan..tetapi melibatkan sebuah keluarga yg cukup besar...dan perubahan diri akan berlaku sama ada menjadi lebih baik atau tiada perubahan atau kurang baik. Pastinya yang lebih baik kita inginkan kerana kita inginkan graf iman yang sentiasa meningkat.


Justeru..pilihlah pasangan yang memberi kedamaian di jiwa , yang terbaik di dunia dan akhirat.

Comments

ibn_hasbi said…
Salam perkahwinan.
amboi... cakap bab kahwin yea sekarang....
Tak ape... x salah pun....
Setiap manusia telah ditetapkan jodohnya sejak mula ditiupkan roh ke jasadnya ketika masih dalam rahim ibu lagi...

Moga cik sarah bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan dan bahagia bersama pasangan anda. saya doakan kebahagiaan saudari.

jumpa di kemboja nanti
rimbunanHati said…
bile pulak awk nak p kemboja? saya nak p vietnam..kalau ada duit.. tak pun jauh sikit ikut qilah ...volgograd. hehehe. salam perkahwinan utk awk./saya belum lagi...maintain status lama dan setia..hahahaha

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…