Tuesday, February 3, 2009

Cara-cara menangani Masalah yang sedang dihadapi

1.Terima kenyataan bahawa kita sedang menghadapi masalah.

- Berhenti menyalahkan orang lain terhadap masalah yang sedang kita hadapi. Anggap masalah itu sebagai peluang untuk menguji keupayaan kita. Jangan duduk temenung.

2. Mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi.

- Sekali lagi, berhenti menyalahkan orang lain. Sebaliknya mencari apa masalahnya. Senaraikan masalah yang dihadapi.

3. Masalh itu milik siapa.

- Setelah senaraikan masalah, kenal pasti hak milik masalah tersebut.Jangan bebankan diri memikirkan masalah milik orang lain.

4. Berbincang dengan orang lain.

- Pilih orang yang sesuai, kebiasaannya orang yang berpengalaman dan boleh membantu memberikan idea.

5. Kenapa masalah itu timbul

- Punca belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Tetapi penting untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang.

6. Apa yang memburukkan lagi keadaan.

- Mengenal pasti perkara yang memburukkan keadaan adalah baik dan di peringkat tindakan, kita dapat elakkannya.

7. Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan.

  • Tindakan kecemasan untuk sekarang
  • Tindakan pemulihan untuk sebentar lagi
  • Tindakan jangka masa panjang

8. Jika perlu minta bantuan orang lain.

- Belajar bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif. Perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain.

9. Rekodkan usaha kita.

- setiap kali selesai masalah, rekodkan ia. Proses ini dapat mempertingkatkan diri kita walaupun proses dilihat perlahan.Sekurang-kurangnya kita tahu kita sedang menyelesaikan masalah.

10.Masalah adalah CABARAN dan PELUANG.

- Tanpa masalah, hidup mentara dan tiada irama. Setiap kali berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri kita akan meningkat. Pengalaman semakin bertambah dan keyakinan semakin meningkat

11. Kembali kepada Allah s.w.t

- Apa jua yang kita lakukan, ingatlah semuanya adalah daripada Allah.Justeru , sentiasa berdoa agar segala masalah yang kita hadapi dapat kita selesaikan dengan baik dan juga mendapat kebaikan daripadanya.

- sumber diperoleh daripada Ahmad Fadzli Yusof-

No comments: