Friday, February 6, 2009

Dodol Kacang Merah...Dodol Pulut Hitam - Istiqamah

ISTIQAMAH, ISTIQAMAH, ISTIQAMAH
Hari-hari mak cakap pasal istiqamah. Mak istiqamah dalam melakukan kerjanya. dan amat bersemangat. Sifat dan sikap tu menurun kat saya..adelah sikit tapi rasenye banyak.
Minggu ni amat istiqamah dalam menyiapkan dodol Kacang Merah dan dodol Pulut Hitam. Antara dodol yang jarang didengar atau dijumpai di mana-mana tempat. Boleh dikatakan resepi keluarga juga dari Sabak Bernam.

Rasanya? sedap dan lazat.Sekali makan pasti nak lagi. Pelanggan yang pernah merasa , sehingga hari ini, Alhamdulillah, amat meminati dodol kacang merah dan pulut hitam tersebut. dodol Pulut hitam rasa nya unik dan sedap. bagi penggemar pulut hitam dan kacang merah, dapatkan Dodol Kacang Merah dan Dodol Pulut Hitam ini..dgn menghubungi saya.

Peminat dodol ni jangan disangka hanya dikalangan mereka yang berusia...kanak-kanak berusia 4 tahun juga amat meminati dodol. Dodol makanan tradisional yang sekarang ini mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Saya tak dapat nak uploadkan produk dodol tersebut buat masa ni. Tetapi untuk mengetahui dgn lebih lanjut boleh hubungi saya atau datang ke premis kami di Sg Ramal Dalam, Kajang.

owh! terasa pulak di tekak ni kelembutan dodol tersebut dan rasanye yang mengancam.Ok lah, sampai di sini entri kali ini. Ingin menyambung aktiviti membungkus dodol. ISTIQAMAH. akan menghasilkan kejayaan dgn diiringi doa dan tawakal.

No comments: