Thursday, February 19, 2009

Kemboja datang lagi....Langkawi menanti

Pulau Langkawi

Bulan 6 ini Insya Allah, ada trip keluarga ke Pulau Langkawi. Bukan trip yang kecil tetapi besar jugak kerana hampir 2 buah bas penuh yang akan ke sana.Wow! ramai jugak tu...dulu buat program bawah fakulti ke Cameron Highlands 3 buah bas. Yang ini pula 2 buah bas..maintain. Cuma , yang menarik untuk trip kali ini ialah snorkeling, mencandat sotong dan memancing selain shopping(favourite orang malaysia) dan jalan makan angin.

Pada bulan yang sama...jika diizinkan Allah s.w.t , ke Kemboja lagi..atas urusan kerja.Bukan tak seronok..seronok...sebab walaupun selalu jugaklah ke Kemboja tetapi setiap pengalaman yang diperolehi amat berbeza.

Bersama cucu Tuan Mufti Negara Kemboja



Ini bukan dilema..sebaliknya dua perancangan besar yang saling timbal balik. Andai tak ke Kemboja, Langkawi dah menanti.

Hari ini juga, saya telah bercerita kepada sahabat-sahabat guru di sekolah tentang perjalanan dan pengalaman saya di Kemboja terutama sewaktu mengadakan program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja ISIUKM 2008 (banyak sangat kenangan suka duka, manis pahit dan kini kembali manis).

Komen mereka...elok kalau kita jadikan satu muhasabah kepada pelajar sekolah kita berkaitan story awk ni.Satu muhasabah sebenarnya dan bagus jika kita buat sewaktu khemah Ibadah baru-baru ni...Saya tak hadir ke khemah ibadah kerana ada kelas di K.L pada hari berkenaan. Andai ada kesempatan sebelum tamat pengajaran , Insya Allah dokumentasi tersebut akan ditayangkan minggu depan.

Apa pun..pengalaman mengajar erti kehidupan, mengajar kita menghargai setiap nafas yang dihirup, setiap nafas yang dihembus.Ada kalanya pengalaman yang baik itu molek dijadikan panduan dan ada kalanya hanya satu muhasabah dan nasihat sebagai tanda peringatan. sesungguhnya pengalaman antara guru terbaik dalam menyusun kehidupan.

No comments: