Skip to main content

Pemikiran terbuka ? Jemu bagi pendapat?

Pagi - pagi lagi, di hari cuti, satu perbincangan yang tidak begitu tertekan tetapi menyeronokkan juga sebenarnya telah berlaku di alam maya. Perbincangan bermula dari isu pertukaran Pemimpin di Perak.Teringat kelas Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal yang lepas...terasa ingin membuat akta baru..setiap pemimpin perlu atau wajib ada sijil kelas kemahiran kepimpinan. Sekurang-kurangnya dapat menilai kelemahan dan kekuatan diri dari sudut seorang pemimpin biarpun pandangan yang berbeza.

Dari isu perak, terselit luahan rasa..jangan jemu bagi pandangan. hemm, tak sangka sahabat di sana memahami. Kenapa saya jemu...saya bukanlah seorang pemikir politik, penilai sasterawan, pengkaji sains atau seorang Ustazah yang boleh memberikan pandangan terhdapat hukum hakam Islam. Hanya kerana seorang yang kerdil..tidak mendapat tempat di mana-mana hati dan mata manusia. Yang penting di pandangan Allah s.w.t. saya cuma aktif di Universiti..tidak aktif dalam penulisan ..keaktifan di teruskan di kampung kediaman saya,setelah dilantik sebagai jawatankuasa.Tapi tak banyak yang dapat saya bantu..kurang pengalaman, masih belajar.

Kenapa jemu dalam bagi pendapat? kerana sikap atau tindakan org yang mendengar pendapat. tetapi saya berusaha menjauhkan istilah jemu itu dari diri saya...kerana jika jemu semua perbincangan menjadi lesu atau tiada perbincangan dapat dilakukan. sedangkan perbincangan itu dapat koreksi diri dan menilai kelemahan dan kekuatan sesuatu perkara.

Jadi jemu bagi pendapat hanya pada org tertentu, kepimpinan tertentu kerana tidak memahami istilah berfikiran terbuka...Setiap orang beranggapan atau mengaku mereka berfikiran terbuka. Tetapi perkara ini boleh dinilai dari sudut tindakan. Mereka yang berfikiran terbuka , menerima pendapat yang dilontarkan , memahami dan cuba respon sebaiknya terhadap pendapat tersebut. Bagi yang berANGGAPan dia seorang berfikiran terbuka, pendapat yang dia peroleh hanya dibiarkan umpama angin lalu...tetapi kerana ingin menunjukkan sikap keterbukaan, dia akan menunjukkan minat terhadap pendapat tersebut.

Ini pandangan saya, hasil pemerhatian saya, pengalaman yang saya ada dan perbincangan saya dgn beberapa ahli akademik,pemikir politik,ustaz ustazah,pelanggan, orang kampung, dan kawan-kawan. pendapat yang boleh dicanggah dan diterima..tiada masalah

Namun, saya tidak jemu bagi pendapat tapi kadangkala jemu juga.mungkin kerana penat atau tidak disokong kebenarannya. Tapi tiada masalah...kena terima. Belajar untuk bersikap terbuka.

Seronok rasanya jika dapat menghadiri wacana pemikiran dan tindakan..kemudian diaplikasikan. tetapi tiada kesempatan. Ya Allah, ku mohon kelapangan masa dan kemudahan urusan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …