Skip to main content

Sahabat, Teman, Kawan




Semenjak dua ni terlalu kerap mendengar lagu Teman Terlalu Akrab oleh kump Sofieya.
Teringat kawan - kawan yang selalu bersama dangan saya..tak kira susah ,senang,gembira, marah, geram, seronok , hiba, sayu, bahagia, aman, dan sentosa.Mula terkenang aktiviti yang sering dilakukan bersama...gurau senda, gosip panas, luahan perasaan , bersiar bersama-sama teman2, dan paling kerap yang dibuat bersama ialah makan bersama dan buat program bersama.



Teman-teman yang sama-sama bersusah payah

Suka pening-pening dgn teman-teman. Teman saya ramai..perempuan dan lelaki. suma ada teman , kawan dan sahabat. Sekurang-kurangnya seorang. Teringat satu majlis Walimah di Puchong, pengerusi bermadah , " Kawan biar seribu, Kasih biar satu, Nikah biar sekali..." , Hehe

Terkejut juga mendengar madah pengerusi..tapi saya suka.Boleh guna untuk usik kawan-kawan yang suka bab nikah kahwin ni.Terutama yang memang lah nak menambah-nambah.


Kadang kala teringat pula masa bergaduh..fuh! jiwa dan raga dipendam.mulut menahan rasa untuk meluah..takut-takut mengguris hati kawan. Tapi..jika tidak dijelaskan,selama-lamanya kesilapan tidak akan dibetulkan. Lumrah alam, ada yang benar , ada yang palsu, ada yang betul, ada yang salah. Seorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya sentisa dalam jalan yang salah..seorang sahabat yang baik akan menasihati dan membantu menerangkan apa yang perlu diterangkan.



Terlalu banyak kenangan bersama sahabat -sahabat. Andai ada sahabat -sahabat yang membaca entri ini tapi takde gambar...maaf tak sempat nak upload.huhu.sorry..tapi ketahuilah kenangan dan nasihat dari kalian semua terpahat di hati. Saya juga sentiasa doakan kesejahteraan semua.










Comments

al-kelantani said…
Salam ikhlas penuh ukhuwah.
Amboi.... bmadah pujangga nampak...baguslah sekurang2nya melepaskan rindu pada kawan-kawan, teman seperjuangan...

memang banyak kenangan kita bersama. suka dan duka ditempuh bersama.
moga kenangan yang tercipa tersemat di hati dan jadi pedoman buat kita menelusuri hidup yang penuh ranjau ini.
pal7 said…
salam..
tumpang tanya..ini khotibah ker??..
Anonymous said…
salam, bila akak baca, terkenang kenangan kita semua bersama.. rasa nak kembali semula je time2 dlu2... hapi je...

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…