Skip to main content

Sifir Siput


Mengajar di kemboja...tetap mengajar tugasnya.



Sudah masuk minggu ke dua saya mengajar di sebuah sekolah Menengah persendirian. Alhamdulillah , masih berupaya meneruskan perjuangan. Kontrak hanya sebulan , menggantikan guru bersalin. Ada lagi 3 minggu untuk dihabiskan. tapi bukan hari yang dihitung, minggu yang dibilang..yang menjadi ggusar di hati..apakah pengajaran saya difahami oleh pelajar-pelajar saya? adakah penyampaian saya mudah untuk mereka fahami pelajaran mereka? Itulah yang selalu bermain di fikiran saya.


Sebelum ke sekolah, sambil memandu meneuju ke sana, doa tidak putus-putus meniti di bibir agar diberi kekuatan untuk mengajar , diringankan lidah untuk lancar berkata-kata, dilapangkan dada para pelajar agar mudah menerima ilmu dan faham apa yang diajarkan.

Tetapi hari ini saya tersedar sesuatu...saya tertinggal satu doa...saya terlupa untuk mendoakan agar para pelajar saya tidak nakal, baik tingkah laku mereka dengan kawan-kawan dan guru mereka, mendengar kata dan mudah bertanya serta cergas dalam menuntut ilmu. Ada rasa risau dihati...takut-takut mungkin itu faktornya anak murid saya kurang memberi perhatian dalam kelas dan suka tidur.

Belum masuk lagi kerja sekolah...setiap kali bertanya tak pernah siap. Dugaan seorang guru.. teringat masa belajar dulu..rase2 memang tak siap kerja sekolah. Sekarang terkena batang hidung sendiri. Hehe. Apa pun..hari-hari saya bersemangat mengajar. Penat sekalipun gagah jugaklah..AMANAH.


Dua tiga hari ini terfikir nak mendenda kerana mereka kerap tidak membuat kerja sekolah yang saya dan guru lain berikan. Terfikir sesuatu..SIFIR SIPUT.




1 X Siput = Siput


2 X Siput = Siput, Siput


3 X Siput = Siput, Siput, Siput


4 X Siput = Siput, Siput, Siput,Siput

dan seterusnya




Hmm..dah kecoh satu sekolah..Cikgu Sarah denda Sifir Siput..Cikgu,tertelenglah kepala kami..sambil mereka gelak ketawa. Sebenarnya , saya belum lagi melaksanakan denda tersebut tapi telah saya warwarkan kepada mereka jika mereka tidak siap kerja rumah. Suka nye mereka tapi belum rasa lagi. Sabarlah anak muridku. Hehehe.

Namun, kesan dari sebaran berita itu, semua kerja sekolah mereka hampir siap. saya tak berani untuk meninggi suara...sebab masih lagi boleh mengawal mereka. Nakal sikit-sikit je..teringat nakal masa sekolah dulu.

Apa pun, kepada semua para guru dan pensyarah di seluruh Malaysia , TERIMA KASIH atas didikan anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …