Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Pesta Perkahwinan

Pesta Perkahwinan 2009 anjuran majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 Mac 2009 di PICC , Putrajaya. Bermula jam 9 pagi sampai 9 malam. 
Saya berpeluang ke sana itupun terperasan ada banting yang digantung di Bulatan Utama Putrajaya beberapa hari lepas..maka pergilah bersama mak dan adik-adik untuk melihat apa yang dipamerkan. Kot kot lah ada special..at the same time tolong riki untuk" akak-akak" saya yang akan membina masjid tak lama lagi. Hehehe.


Antara baju pengantin perempuan yang sempat di ketip fotonya





Untuk Lelaki juga ada ditampilkan bersama...tak kurang hebatnya


Antara Kek Perkahwinan tetapi sedikit kelainan...dia guna cup cake untuk kek bertingkat. atas je kek yang besar.


Wedding Dress..fuyoo.ade ke yang nak pakai? ade kot...ELAKKKAN



Kami jumpa antara pakaian yang paling sopan..Mak suh amik gambar dengan design ni.

Banyak maklumat yang diperoleh antara nya katering, kad kahwin ( P/s : ada kad kahwin tu sekeping Rm 0.25 t…

Kenduri ATAM , Baju vietnam , Konsert MANIS 5, Meting JKKK Sg Ramal Dalam

semuanya pada 21 Mac 2009...bermula dari awal pagi hingga lewat malam..wah!penat dan berbaloi.
Kenduri ATAM
Hari ni..atam punya kenduri kahwin di Kg Berhala Gantang,Temerloh. bertolak dari rumah jam 8 pagi, jemput Aswad dan Aqilah di pejabat EZQurban dan teruskan perjalanan ke Temerloh. Tiga buah kereta dari Sg Ramal Dalam .Selain daripada ahli keluarga saya, Abang Rozali dari Kemboja, Fadhil dan Umar dari UKM turut menyertai konvoi ini.

Sampai di umah c.Mah @ umah atam lebih kurang jam 11.30 pagi. Kumpulan mak sampai dulu. Serentak juga dengan Alan Halal Oreintal Astro oasis, Isterinya,Emmy dan krew2 dia, en Faizul dan adik nya. Meriah kenduri atam...rasa macam balik kg sendiri sebab jumpa kak Nor, Kak Shida, Angah, Uwe, Kak long, dan ramai lagi... Emmy, Alan, C.me,C.mah , Rozali dan krew Halal Oreint
Rezeki Aqilah dapat jumpa pengantin sebab cadang nak balik awal...time kami tiba pengantin pun baru sampai.Wah!Wah!..warna pink pengantinnya. Ayah tam dah kahwin dengan Cik Norma.

Bersama Ata…

Antara Self-esteem dan U'jub

Antara Self-esteem dan U'jub
www.iluvislam.com
Hazim Azhar
Editor : n13@m



Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mengikuti kem-kem kepimpinan atau motivasi. Saya juga antara penggemar kem-kem sebegini. Mana tidaknya, di situlah kita dapat mengasah bakat kepimpinan, menajamkan lidah dan melatih diri untuk ke hadapan. Masih saya ingat lagi ketika di sekolah dahulu, kalau ada sahaja peluang bercakap pasti sayalah orang pertama berdiri. Jika ada sahaja ruang memberi komen, mesti saya paling bersemangat. Semakin lama, saya merasakan telah menjumpai diri yang sebenar.

Penerapan itu menatijahkan hasil yang bukan sedikit dalam jiwa. Akulah ketua, akulah yang paling layak, akulah tu, akulah ni. Hasilnya, pujian dan sanjungan bertalu-talu sampai di telinga. "Alangkah bagusnya aku dapat berbakti", hati kecilku berkata. Hakikatnya,keyakinan yang aku punyai selama ini adalah penyakit jiwa. Kepimpinan yang aku rasai selama ini adalah kabus yang menyesatkan aku dari hakikat diri ya…

Mentarang?

Pernah tengok tak benda kat atas tu? itulah mentarang. Boleh didapati kat Sungai Besar , Selangor. Saya 1st time makan mentarang ni.Rasanya manis. Saya memang lah menggemari makanan laut yang bercengkerang...tapi penyu, kura-kura saya tak makanlah.

Paling senang masak dia rebus je.Mak kata ni antara makanan fevret masak kecik-kecik dulu ( mak org sungai Besar). Nak masak dia kena berus dulu di bawah air yang mengalir supaya lumpur dia hilang. Menatarang ni bermusim.La ni musim dialah. terima kasih buat Cik Nan dan Cik Alang kerana sudi tolong belikan dan bawakan menatang ni ke Sg Ramal Dalam.hehehe.

sempat jugak saya lawat2 kat blog dan forum lain untuk mencari resepi yang sesuai nak masak mentarang ni...antaranya di Malaysian Fishing Net Forum.Ni antara resepi yang dicadangkan:

siput mentarang sama habitatnya dengan lokan yang tinggal dalam lumpur. perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan merendam dalam air yang dicampurkan beberapa biji cili padi yang telah dipecahkan supaya s…

Perjalanan mengenali Perawi

"Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah"

saya memulakan perjalanan saya mengenali perawi , menggali sejarah mereka dan kehebatan para ulama' ini...

Selasa, 3 Mac 2009, perjalanan bermula jam 8.45 pagi bersama Cik Na dan Hassan menuju ke Gombak...menjemput C.me sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Besar, Sabak Bernam.
Sepanjang perjalanan ke Gombak...pelbagai persoalan dan isu dibincangkan khususnya berkaitan perawi hadith.

C.na sedang menyiapkan satu projek IT berkaitan Hadith dan misi kami ke Sungai Besar ialah mengambil kitab-kitab c.me yang ada di sana..di mana antara kitab-kitab tersebut mengandungi kisah -kisah perawi

Hadith sekarang ini boleh juga diperolehi dari Internet..segala-galanya di hujung jari anda...tetapi manusia sekarang sudah mula mengabaikan perawi hadith.
Satu bab khusus untuk mengenali perawi iaitu "jarah wa ta'dil" dimana bab ini memang dibolehkan untuk mengkritik perawi demi menjaga kesucian hadith.Penting m…

Majlis Khas Bersama MB Selangor

Pagi tadi, jam 6.45 pagi, saya dah terpacak tunggu bas di Pejabat Daerah Hulu Langat. Hari ini , saya kena hadiri Majlis Khas Bersama MB Selangor.Hari ni juga penerimaan watikah perlantikan sebagai Jwatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi..tok ketua kampung yang ambil.Saya sebagai orang sokongan juga JKKK. Hehe.

Menanti kehadiran sahabat-sahabat dari kampung-kampung lain,untuk di kawasan Bangi ni, 5 buah kampung yang akan bergerak dari Pejabat Daerah..bas bertolak jam 7.30 pagi.Fuh! lama tunggu.Sempat dengar kuliah di IKIM.FM dalam kereta sementara menanti yang lain.

Tiba di sana, sarapan dulu..sarapan Nasi Lemak dan kopi O "kaw-kaw" punya. pening kepala lepas tu..sebab tak boleh minum minuman yang ada kafein...kalau tak berdebar yang teramat-amat dan pening yang teramat-amat walau seteguk.Huhuhu. Dugaan.

Sementara menunggu program motivasi.
Kemudian, ambil tempat di dalam Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan , seksyen 7 , Shah Alam. Ramai sang…

7 Mac 2009

Perhimpunan Raksasa membantah PPSMI telah berjaya menghimpunkan 100 ribu orang seperti yang diceritakan oleh sahabat - sahabat yang telah menyertainya. Alhamdulillah. diharap usaha ini dapat membuka mata pihak berkenaan agar mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik ke Bahasa Kebangsaan. Teringat sewaktu mengajar di sebuah sekolah swasta iaitu mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris . Pening kepala mengajar anak murid yang tidak boleh memahami istilah tertentu dan mereka bertambah pening apabila saya menggunakan kedua-dua bahasa(bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) ..saya pun pening.lagi pening mengajar konsep.kerana ada antara mereka yang masih tidak mahir membaca.Terpaksa fokus pada yang kurang mahir membaca. Apa pun..diharap perjuangan bantahan PPSMI dapat di realisasikan .

Saya tak dapat mengikuti perhimpunan tersebut..terutamanya tidak mendapat kebenaran ibu bapa..anak mak abah...kata dzulkarnain , sahabat FPI saya. Tapi bukan itu sahaja, jiran sebelah u…

Orang Melayu...

Satu urusniaga jual beli telah berlangsung semalam... diantara pembekal dan peniaga di sebuah premis.Dari 13 produk yang dihantar, 6 yang laku. Ini lah antara risiko yang perlu ditanggung oleh para peniaga macam saya.Kadangkala, minggu - minggu tertentu, produk habis, dan kadangkala tidak terusik langsung walaupun minggu dapat gaji.

penjual produk makanan seperti saya ini mempunyai risiko tertentu iaitu mengikut tekak dan perasaan manusia. Tekak manusia ini tidak dapat diagak bila waktunya ia ingin menikmati makanan...terasa ingin makan , dia beli walaupun tiada duit...justeru,produk saya perlu terus ada di beberapa premis tertentu.

Selain risiko menanggung kerugian , risiko jiwa dan raga juga perlu dihadapi..kerenah manusia. Semua mempunyai kerenah tersendiri ..begitu juga saya. Namun dalam isu berniaga ini, beberapa perkara yang saya kesalkan dengan sikap sesetangah manusia..orang Melayu .

Kenapa ya? saya juga Melayu...juga Islam.

1. Kebanyakkan peniaga Melayu..kononnya ingin membantu s…

Anak Buluh Betung..TV3...Selawat Syifa'

Drama bersiri Buluh Betung di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang menarik perhatian saya terutama lagu tema yang digunakan oleh penerbit drama tersebut, Selawat Syifa'.

Bukan lah suatu perkara yang pelik menjadikan selawat atau nasyid sebagai lagu tema sesuatu drama, tetapi penerimaan masyarakat pada masa kini dan juga kesannya kepada masyarakat penonton khususnya.

Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti siaran ini setiap hari kerana tugasana kerja tetapi sempat juga mengikuti nya di TV9, siaran ulangan pada malam hari.

Yang menarik perhatian saya ialah, telatah dua orang sepupu saya yang masih kecil berusia 4 dan 6 tahun. Petang tadi setelah pulang dari bank atas urusan syarikat, saya menyinggah ke rumah sebelah, rumah makcik , untuk bermain-main dengan sepupu saya yang dua orang ini.

Mereka menyambut saya dengan menyanyikan lagu selawat syifa'...ibunya bercerita, baru sahaja selesai tengok drama Buluh Betung, tapi selawat syiafa' tu tak dapat dengar sampai h…

Jalan-jalan hujung minggu di Kuala Lumpur

Semalam,1 Mac 2009, saya bersama adik tersayang, Harmaini dan beberapa orang kawan, Khotibah dan Aqilah juga sepupu saya, Syakirah,anak tauke telah mengisi masa hujung minggu dengan melihat dan berjalan-jalan ke Pavilion.
Pavilion antara tempat membeli belah yang mahal sangat.Orang tak ramai dan lengang mungkin sebab mahal. Kami hanya sekadar cuci mata..sempat juga mengambil gambar di satu sudut pameran kesenian.

Bersama Harmaini
Tapak asal Pavilion merupakan sekolah lama mak saya, Bukit Bintang Girls School (BBGS). Terletak betul-betul di simpang jalan bukit bintang dan raja Chulan...sebuah bangunan Kolonial, bangunan lama dan bersejarah sepatutnya tetapi disebabkan BBGS terletak di kawasan segi tiga emas...maka lebih baik lah dibangunkan sebuah pusat membeli belah yang hebat ( konon-konon nye lah)
...tetapi berjalan-jalan di Pavilion itu saya boleh bagi 3 bintang sahaja sebab1. Tak mampu nak shopping-duit belum banyak lagi..hehe

2. Infrastuktur yang tak mesra pelanggan- tak de kerusi di …

The Etiquettes of Sleeping

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah As-Salaam Alaikum Wa-Rahmatullahi Wa-Barakatuhu

The Etiquettes of Sleeping

1. Sleep in a state of taharah (purity). Ibn Abbas reported that Allaah's Messenger said: “Purify these bodies and Allaah will purify you, for there is no slave who goes to sleep in a state of purity but an Angel spends the night with him, and every time he turns over, [the Angel] says, 'O Allah! Forgive Your slave, for he went to bed in a state of purity.'� [Reported by at-Tabaranee. See Saheeh al-Jamee (3831)]


2. Sleep early. Sleeping early is a healthy habit and it was the practice of Allaahs Messenger to sleep directly after performing the Isha prayer. Abu Barzah al-Aslami said that the Prophet used to prefer to delay Isha, and he did not like to sleep before it or talk after it.�
[Saheeh al-Bukharee]


3. Choose a suitable bed. Excessive luxurious or soft bed provokes laziness and makes one sleep more and become negligent. Aai…