Skip to main content

Antara Self-esteem dan U'jub

Antara Self-esteem dan U'jub
www.iluvislam.com
Hazim Azhar
Editor : n13@m



Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mengikuti kem-kem kepimpinan atau motivasi. Saya juga antara penggemar kem-kem sebegini. Mana tidaknya, di situlah kita dapat mengasah bakat kepimpinan, menajamkan lidah dan melatih diri untuk ke hadapan. Masih saya ingat lagi ketika di sekolah dahulu, kalau ada sahaja peluang bercakap pasti sayalah orang pertama berdiri. Jika ada sahaja ruang memberi komen, mesti saya paling bersemangat. Semakin lama, saya merasakan telah menjumpai diri yang sebenar.

Penerapan itu menatijahkan hasil yang bukan sedikit dalam jiwa. Akulah ketua, akulah yang paling layak, akulah tu, akulah ni. Hasilnya, pujian dan sanjungan bertalu-talu sampai di telinga. "Alangkah bagusnya aku dapat berbakti", hati kecilku berkata. Hakikatnya,keyakinan yang aku punyai selama ini adalah penyakit jiwa. Kepimpinan yang aku rasai selama ini adalah kabus yang menyesatkan aku dari hakikat diri yang sebenar. Aku menyedari, lantas ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian: Beza antara self-esteem dan U'jub.

Ramai dari kita yang terlatih dengan latihan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Self-esteem yang menyala, keyakinan yang bukan kepalang atau kepimpinan yang petah berkata-kata. Sebelum saya berkata lebih lanjut, baik kita memahami maksud kedua-dua perkataan di atas.

SELF-ESTEEM. Secara mudahnya dapat kita katakan, keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri. "Aku boleh!"

UJUB pula boleh dikatakan, kebesaran dan mengagungkan. Ada juga definisi yang menyebut kesukaan terhadap kecantikan. Namun apa yang saya ingin bicarakan di sini adalah ; keagungan, kebesaran, dan kekuatan diri. Ujub merupakan sepupu sepapat kepada takabbur, riya' dan yang sehaluan dengannya. Ape kesannya kalau ujub? Ujub membuatkan kita merasakan tindakan atau diri kita berada pada taraf 'ideal'. Kadang-kadang, ujub akan menatijahkan sifat takabur(membesar diri) setelah hasil kerja kita lebih baik dari orang lain. Atau jika kita lebih petah berkata-kata dari orang lain. Kita akan merasakan 'aku lebih layak' berbanding dengan orang-orang lain. Hasilnya kita akan memandang enteng jasa orang lain dan memandang rendah bakat mereka.

Kadang-kadang sehingga timbul perasaan dengki kalau mereka menandingi kita. Sahabat,ujub ni penyakit hati, ia tidak dapat dikesan memalui luaran. Tetapi hasil ujub adakalanya terpancar pada akhlak seseorang yang suka memperkecilkan seseorang. Paling saya takuti ialah kesannya kepada kader-kader dakwah atau pendakwah-pendakwah sekarang. Adakalanya kita boleh rase syok sendiri beramal tanpa amal kita dipandang Allah. Da'ie yang ujub cepat berpaling. Lompat sana lompat sini. Sini lambat la, mesti tak reti buat kerja macam kita.

Kadang-kadang ikhwah atau akhawat itu akan menentang dakwah itu sendiri kerana tidak selari degan pendapat mereka. Kesannya kepada dakwah cukup besar, berhenti atau lambat. Kerana mereka hanya sambil lewa membantu barisan dakwah ,tidak dapat memberikan kerjasama. Boleh jadi, mereka tidak menghormati naqibnya.Lantaran merasa diri lebih layak untuk menjadi mendapat taklif.

Boleh jadi juga, mereka amat bercita-cita besar untuk menjadi murabbi yang mempuyai banyak anak buah. Hakikatnya, bahasa Arab pun masih belum dikuasai, fikrah juga masih belum betul-betul jelas. Lantas ini semua akan memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada dai'e, malahan kepada jemaah. Maafkan saya, tidak berniat untuk menuding kepada mana-mana pihak, ini hanya perkongsian berdasarkan kitab 'Afat a'la toriq'. Saya juga tidak berniat untuk mengupas tajuk ini dalam konteks da'ie dan dakwah. Berbalik kepada ujub dalam konteks kita sebagai student. Adakalanya kita confuse antara self-esteem dan ujub,lalu kita menjadi insan yang pada luarannya smart, mantap, kemas, kerkeyakinan, berkepimpinan, petah berkata-kata, berbakat dan segala sifat baik.

Namun jika diintai dalam hatinya; membangga diri, merasakan diri mulia, mencari populariti, dengki dan takabur. Busuk dan kotor! Mungkin kita ialah orangnya yang saya sebutkan di atas,siapa tahu? Tepuk dada tanya iman. Kalau kita perhatikan ada segelintir manusia yang amat hebat dan perfect di hadapan manusia. Fuh, kalau berdebat, dialah paling mantap. Kalau berucap, merekalah yang paling fasih. Sehingga mereka selalu dicalonkan memegang jawatan yang tinggi-tingi malah mungkin menjadi president. Namun apabila berborak dengan mereka kita direndah - rendahkan. Perkara ini biasa berlaku. Dan di mana-mana saja berlaku.

Mana datangnya sifat ujub? Banyak factor, antaranya fizikal yang mantap atau cantik, Kekuatan diri, Intelektual yang tajam, keturunan yang baik, pangkat, ramai pengikut dan harta yang melimpah ruah. Inilah sebab-sebabnya ramai dikalangan kita menghidap penyakit ujub. Bila lihat cermin.."cantiknya aku.." (Ha, terasa la tu) Bila tengok otot-otot.."Tough betul badan aku..(Hehe, sori member) Itu bukan masalahnya.. tetapi ia akan menjadi ujub jika keterlaluan sehingga memandang diri amat sempurna, orang lain apalah sangat.. Ini Bahaya,sangat bahaya. Adakalanya kita tidak menyedari langsung dan menganggap self-esteem kita adalah ujub sebenarnya.

Jadi.. apa bezanya?

1)Ujub mendorong kita berasa selesa dengan kelebihan diri dan menganggap lebih bagus dari orang lain. Manakala self-esteem membuatkan kita berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri(tanpa menganggap diri sempurna dan mengecilngecilkan orang lain)

2)Ujub adalah dilarang dalam Islam.. Self-esteem dituntut dalam islam.

Bagaimana pula self-esteem dalam islam?

Amat dituntut. Jika kita soroti perjuangan rasulullah dan sahabat, mereka amat merasa mulia dengan keagungan islam. Malah yang memuliakan kita adalah islam. Kerana membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah, bukan sesama makhluk. Self-esteem dalam islam ialah; tindakan yang lahir dari penghargaan terhadap kelebihan diri untuk mengembangkannya menuju reda Allah. "Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa" Ya sahabat, kita tampil kehadapan, kita yakin, kita lantang besuara.. atas dasar taqwa dan keikhlasan untuk mempertahankan islam. Sekiranya tidak perlu kita memberikan pendapat, kita diam. Tawaddu' dan merendah diri. Seandainya tidak perlu kita berdiri, kita duduk memberi peluang kepada orang lain.

Jika tidak perlu kita menyebut-menyebut jasa, kita senyap mengunci mulut dari memperlihatkan kepada orang lain. Sekiranya tidak terpilih untuk memimpin, kita rela dipimpin. Tetapi, sekiranya perlu kita tegakan kebenaran, sampaikan maklumat, maka kitalah orang pertama yang lantang besuara. Jika kebenaran dipijak-pijak sehingga menyempitkan dada, maka kitalah yang berdiri mengatakan yang haq. Kita mulia,hanya dengan islam! Alangkah indahnya akhlak seorang muslim. Tegas bertempat. Tawaddu' mengikut keadaan. Sesama mereka, kita akan lihat seolah-olah seperti biasa.

Tetapi apabila keadaan memerlukan, dialah singa yang mengaum kuat sehingga mengecutkan hati tikus-tikus taghut. Sekali lihat mereka berkata lemah-lembut, tetapi apabila haq ditindas mereka memekik dengan amat kasar. Mungin kita menghidapi sindrom ini.

Perlukan rawatan?

1) Punca ujub : Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik Allah"

2) Jika melakukan kebaikan, jangan claim 'kita buat'

3) Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan kehebatan kita. 4) Tidak bersahabat dengan orang ujub (camne nak tau? fikir la sendiri..)

5) Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita sahaja mempunyai kelebihan.

6) Minta pandangan dari orang lain.. "adakah aku ni ujub?"

7) Menjauhi pujian

8) Mendengar nasihat orang lain. Antara self-esteem dan ujub..Sama tapi tak serupa Amat bahaya; membobrokkan hati, melumat-lumatkan keikhlasan, menyelit antara sela-sela daging dan tulang lalu menyesakkan nafas, memeningkan kepala. Mual, lantas memuntahkan ketakburan. Self-esteem dan ujub.. Berhati-hati sahabatku!

Comments

sourplum said…
things are getting complex..
AFIF-SAN said…
xde pon ko praktikkan ilmu yang aku aja?huhuhu...
rimbunanHati said…
aku dah cuba...tapi tak dapat..sampai pening2.aku rasa kena pilih template yg sesuai.sedang mencuba lagi.kena sediakan masa duk depan pc satu hari.Sory..tok Guru.I'm trying.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …