Sunday, March 1, 2009

Jalan-jalan hujung minggu di Kuala Lumpur

Semalam,1 Mac 2009, saya bersama adik tersayang, Harmaini dan beberapa orang kawan, Khotibah dan Aqilah juga sepupu saya, Syakirah,anak tauke telah mengisi masa hujung minggu dengan melihat dan berjalan-jalan ke Pavilion.
Pavilion antara tempat membeli belah yang mahal sangat.Orang tak ramai dan lengang mungkin sebab mahal. Kami hanya sekadar cuci mata..sempat juga mengambil gambar di satu sudut pameran kesenian.

Bersama Harmaini

Tapak asal Pavilion merupakan sekolah lama mak saya, Bukit Bintang Girls School (BBGS). Terletak betul-betul di simpang jalan bukit bintang dan raja Chulan...sebuah bangunan Kolonial, bangunan lama dan bersejarah sepatutnya tetapi disebabkan BBGS terletak di kawasan segi tiga emas...maka lebih baik lah dibangunkan sebuah pusat membeli belah yang hebat ( konon-konon nye lah)
...tetapi berjalan-jalan di Pavilion itu saya boleh bagi 3 bintang sahaja sebab

1. Tak mampu nak shopping-duit belum banyak lagi..hehe


2. Infrastuktur yang tak mesra pelanggan- tak de kerusi di jalanan untuk berehat-rehat. Ada jugaklah tapi kena bayar pasal untuk makan-makan. Best lagi di Alamanda..banyak kerusi disediakan.


3. Tak mempersembahkan keadaan Malaysia- tak tau nak hurai macam mana sebenarnya..tapi mmg tempat shopping org kaya. Pakcik saya kata, sebijik lah macam kat Paris iaitu penuh dgn butik pakaian.

bersama khotibah..seronok tgk lukisan tu

Selepas menghabiskan masa di Pavilion tu lebih kurang 2 jam,sempat juga makan makanan Korea as our lunch...kami meneruskan aktiviti kami ke Beryl's Chocolate Kingdoms (house of Chocolate) di Jalan Imbi

Saya sering ke sini selepas kelas saya. untuk kali ini,niat di hati ingin bawa kawan-kawan berjalan -jalan dan melihat betapa sedapnya dan pelbagai produk coklat buatan Malaysia. Alhamdulillah, mereka amat teruja.hahaha.




Kilang Beryl's chocolate terletak di Seri Kembangan, Serdang. Di kilang itu juga ada show room dan saya pernah ke sana. Tidak banyak sangat produknya jika dibandingkan di Jalan Imbi. Seronok berada di sana lebih-lebih lagi keriangan itu dapat dikongsi bersama teman-teman rapat.

Show room di jalan Imbi ini merupakan sebuah rumah kerajaan dan telah diubah suai menjadi tempat pameran dan jualan coklat yang mengujakan peminat coklat.Hehehe.

Hasil daripada lawatan ini, saya ingin merialisasikan hasrat Mak saya iaitu membuka sebuah show room dodol di Bangi..Insya Allah. Kena kumpul duit banyak-banyak.

apapun, seronok rasanya dapat mengenalkan produk coklat Malaysia kepada kawan-kawan..dan lepas ni ada lagi lawatan ke Beryl's kingdom ni utk sahabat yang lain pula. Andai anda berpeluang berjalan-jalan di Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Beryl's chocolate kingdoms di jalan Imbi.



Sempat bergambar sebelum pulang

Gambar tengah: aqilah gembira dapat membeli coklat kesukaannya

Gambar Tepi sekali: Syakirah sempat berjalan-jalan sebelum puleng ke asrama

No comments: