Skip to main content

Kenduri ATAM , Baju vietnam , Konsert MANIS 5, Meting JKKK Sg Ramal Dalam

semuanya pada 21 Mac 2009...bermula dari awal pagi hingga lewat malam..wah!penat dan berbaloi.

Kenduri ATAM

Hari ni..atam punya kenduri kahwin di Kg Berhala Gantang,Temerloh. bertolak dari rumah jam 8 pagi, jemput Aswad dan Aqilah di pejabat EZQurban dan teruskan perjalanan ke Temerloh. Tiga buah kereta dari Sg Ramal Dalam .Selain daripada ahli keluarga saya, Abang Rozali dari Kemboja, Fadhil dan Umar dari UKM turut menyertai konvoi ini.


Sampai di umah c.Mah @ umah atam lebih kurang jam 11.30 pagi. Kumpulan mak sampai dulu. Serentak juga dengan Alan Halal Oreintal Astro oasis, Isterinya,Emmy dan krew2 dia, en Faizul dan adik nya. Meriah kenduri atam...rasa macam balik kg sendiri sebab jumpa kak Nor, Kak Shida, Angah, Uwe, Kak long, dan ramai lagi...
Emmy, Alan, C.me,C.mah , Rozali dan krew Halal Oreint

Rezeki Aqilah dapat jumpa pengantin sebab cadang nak balik awal...time kami tiba pengantin pun baru sampai.Wah!Wah!..warna pink pengantinnya. Ayah tam dah kahwin dengan Cik Norma.


Bersama Atam dan cik Norma

Selesai makan-makan..borak- borak, jam 1 tgh hari,kami bertolak pulang. Aswad ada program di UiTM..pengarah projek lagi tu. Saya pulak ada catering dan mesyuarat.cepat balik. Sampai di Gombak jam sudah 2.30 petang. 

" rasa-rasa dah terbau nasi minyak orang seterusnya..fadhil bila ye? aqilah..awk jgn lupa walau Maghribi sekalipun saya setuju aje dengan pilihan awak asal bukan yg peningkan kepala awak.Hahaha.Pas ni belajar arab ye..."

Baju Vietnam



Baju vietnam..melaram depan umah C.Mah.

Kain dia dari vietnam.C.Mah kasi. Mak.saya dan Aqilah telah memakai dan melaramnya di kenduri Atam..itupun sebab atam suh.Kalau tak , tak leh dtg.huhuhu.

Design baju masing -masing punya cara lah..mak dan saya punya..kami design jubah @ dress. Aqilah pulak macam baju Vietnam tapi dalamnya kain. Bezanya..orang vietnam pakai seluar di dalam nya.

Masa di kenduri..memanglah jadi perhatian.Ingatkan C.mah dan We punye dah siap..rupanya masih lagi dalam plastik.Huhuhu.Tak kisahlah..kurang-kurang orang yang bagi kat kami tu tersenyum. Melihat kami memakai baju Vietnam.

Balik dari Temerloh, saya sempat singgah MINES..adik nak cari barang. Oklah..nak jadi kakak Mithali..ikutlah..walau penat dah rasenye. Di sana..bejalan-jalan mencari kedai yang berkenaan..tiba-tiba ditegur..ingatkan nak tanya jalan atau kedai..rupanya ditanya " mana dapat baju ni?"..hahaha
Tergamam sekejap. Dari Vietnam. Pastu bila dah ditegur gi tu..mulalah berjalan di tempat orang yang kurang ramai.Sorok lebih sikit.Cepat2 beli barang, pastu terus balik.Malu. Hahaha. 

Konsert MANIS 5 @ DKI II

Malam tu berlangsung DKI II atau Konsert MANIS 5 di DECTAR , UKM. Ada 4 kumpulan artis nasyid yang hadir...INTEAM, FAR EAST, DEVOTEES dan NICE.

Apapun..saya tak hadir ke konsert tersebut. Ada catering nak kena buat..untuk makan jam 10 Malam. yang pergi adik-adik saya ke Konsert tu. Komen mereka OK. saya pun tak tanya lebih2. yang penting mereka suka. kira Ok lah. Bukan senang nak pujuk mereka g konsert manis sebab dah penat. Apa pun...tahniah kepada Komiti DKI II kerana berjaya melaksanakannya. berita selanjutnya di ISIUKM.Blogspot

( teringat MANIS 3- ada RAIHAN,INTEAM dan DEVOTEES.  MANIS 4 (DKI I) - ada RAMLI SARIP, MESTICA  dan MIRWANA...huhu kenangan PAHIT dan MANIS suma ada)

Mesyuarat JKKK Sg Ramal Dalam

malam tu jugak ada mesyurat.lagi satu faktor kenapa tak g MANIS 5. cadang lepas siapkan catering .. nak masuk meeting..tapi disebabkan persiapan catering yang kelam kabut(kurang staff sbb suma g konsert) maka tak leh g meeting...

Naik panik dan berdebar yang amat tinggi sampai tak nampak jalan...nasib baik mak tolong drive. dapat bertenang kejap. Pas hantar makanan..lalu depan balai raya...lambai je lah.Telefon S/U..maklumkan tak dapat hadir.

Nasi baik OK.Segan jugaklah tak turun meeting. Esoknya meeting Zon pulak...rupanya ada kesan dari meting JKKK semalam.Huhu ..ada rasa sikit menyesal tak turun meeting JKKK. tapi..penamatnya OK. haha. Lega.


Comments

sourplum said…
lepas ni bule jual bju vietnam plak la
rimbunanHati said…
boleh2..tp harga dia kat malaysia ni kain je(kira belum buat baju lagi lah) rm 150.00...itu pun org bagi.hehe.bling bling

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …