Sunday, March 8, 2009

Majlis Khas Bersama MB Selangor

Pagi tadi, jam 6.45 pagi, saya dah terpacak tunggu bas di Pejabat Daerah Hulu Langat. Hari ini , saya kena hadiri Majlis Khas Bersama MB Selangor.Hari ni juga penerimaan watikah perlantikan sebagai Jwatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi..tok ketua kampung yang ambil.Saya sebagai orang sokongan juga JKKK. Hehe.


Menanti kehadiran sahabat-sahabat dari kampung-kampung lain,untuk di kawasan Bangi ni, 5 buah kampung yang akan bergerak dari Pejabat Daerah..bas bertolak jam 7.30 pagi.Fuh! lama tunggu.Sempat dengar kuliah di IKIM.FM dalam kereta sementara menanti yang lain.


Tiba di sana, sarapan dulu..sarapan Nasi Lemak dan kopi O "kaw-kaw" punya. pening kepala lepas tu..sebab tak boleh minum minuman yang ada kafein...kalau tak berdebar yang teramat-amat dan pening yang teramat-amat walau seteguk.Huhuhu. Dugaan.


Sementara menunggu program motivasi.


Kemudian, ambil tempat di dalam Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan , seksyen 7 , Shah Alam. Ramai sangat sebab majlis ni meghimpunkan JKKK dari seluruh negeri Selangor.Seramai 6700 orang yang hadir dan melibatkan 440 buah kampung dari segenap pelusuk negeri Selangor.



Mukaddimah majlis dimulakan dengan pidato motivasi oleh Dato' Dr Syed Ahmad ...dia memang berpidato dan penuh motivasi..tapi tak berapa nak faham apa yang disebut..laju sangat..kalah saya punya cakap.Teringat kat kwn saya..Abu Qassim Norazmi...juga seorang pemidato.Sekarang ni Exco PKPIM dan antar org kuat juga dalam bantahan PPSMI.

tengah khusyuk mendengar ceramah

Lepas motivasi , Dato' Dr Hassan Mohamed Ali, meneruskan program dengan pembentangan hala tuju Negeri Selangor. Seronok dengar. Sebab berbutir.Heheh. Ucapan beliau diakhiri dengan selawat beramai-ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Dah selesai dua agenda..agenda utama diteruskan iaitu penyampaian amanat oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid dan juga penyampaian watikah perlantikan JKKK kepada pengerusi JKKK setiap kampung di Selangor. Majlis berakhir pada jam 1.15 petang.

Lepas tu, acara makan tengah hari,acara yang paling ditunggu-tunggu oleh saya.hehe.

Bersama JKKK kg lain

Namun, majlis ini telah menghimpunkan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.Janggal juga berada di dalam majlis kerana saya antara yang termuda di kalangan JKKK yang ada. Bangsa Melayu, Cina dan India berkumpul untuk memastikan Negeri Selangor terus maju. Dan saya pula berazam untuk menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Sebelum berpindah ke tempat lain.Dapat buat satu program untuk belia pun jadilah...dapat lah menyumbang sedikit.Pening juga sbb mat rempit dan mat"drugs" antara belia utama yang perlu saya tackle untuk menjayakan program. kena fikir lagi. Oh ya..jika sahabat-sahabat yang membaca ada idea..kongsi-kongsikanlah bersama saya.

No comments: