Tuesday, March 17, 2009

Mentarang?



Pernah tengok tak benda kat atas tu? itulah mentarang. Boleh didapati kat Sungai Besar , Selangor. Saya 1st time makan mentarang ni.Rasanya manis. Saya memang lah menggemari makanan laut yang bercengkerang...tapi penyu, kura-kura saya tak makanlah.

Paling senang masak dia rebus je.Mak kata ni antara makanan fevret masak kecik-kecik dulu ( mak org sungai Besar). Nak masak dia kena berus dulu di bawah air yang mengalir supaya lumpur dia hilang. Menatarang ni bermusim.La ni musim dialah. terima kasih buat Cik Nan dan Cik Alang kerana sudi tolong belikan dan bawakan menatang ni ke Sg Ramal Dalam.hehehe.

sempat jugak saya lawat2 kat blog dan forum lain untuk mencari resepi yang sesuai nak masak mentarang ni...antaranya di Malaysian Fishing Net Forum.Ni antara resepi yang dicadangkan:

siput mentarang sama habitatnya dengan lokan yang tinggal dalam lumpur. perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan merendam dalam air yang dicampurkan beberapa biji cili padi yang telah dipecahkan supaya segala lumpur dalam badannya dikeluarkan. jerang kat api sebentar untuk tanggalkan isinya. kalau nak makan sedap potong dua, basuhlah bersih2 dan goreng dengan pepper dan bawang besar.....

maka, saya semakin teruja untuk memakan mentarang.Lepas ni nak cari kepah, kupang dll yang satu kaum dgn dia.dan lagi dua nak cari lobster(udang karang yang sangat mahal itu) dan bamboo clam.

3 comments:

sourplum said...

nk rasa jgk

rimbunanHati said...

boleh2...tapi kita kena p sungai besar.hehehe

mr cekodok said...
This comment has been removed by the author.