Skip to main content

Orang Melayu...

Satu urusniaga jual beli telah berlangsung semalam... diantara pembekal dan peniaga di sebuah premis.Dari 13 produk yang dihantar, 6 yang laku. Ini lah antara risiko yang perlu ditanggung oleh para peniaga macam saya.Kadangkala, minggu - minggu tertentu, produk habis, dan kadangkala tidak terusik langsung walaupun minggu dapat gaji.

penjual produk makanan seperti saya ini mempunyai risiko tertentu iaitu mengikut tekak dan perasaan manusia. Tekak manusia ini tidak dapat diagak bila waktunya ia ingin menikmati makanan...terasa ingin makan , dia beli walaupun tiada duit...justeru,produk saya perlu terus ada di beberapa premis tertentu.

Selain risiko menanggung kerugian , risiko jiwa dan raga juga perlu dihadapi..kerenah manusia. Semua mempunyai kerenah tersendiri ..begitu juga saya. Namun dalam isu berniaga ini, beberapa perkara yang saya kesalkan dengan sikap sesetangah manusia..orang Melayu .

Kenapa ya? saya juga Melayu...juga Islam.

1. Kebanyakkan peniaga Melayu..kononnya ingin membantu sesama Melayu...membenarkan pembekal Melayu meletakkan barang mereka di premis. Tetapi tidak dipromosikan kerana tiada modal atas barang tersebut...dgn erti kata lain untung atas angin...risiko kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pembekal. Perkara ini sering berlaku...dan apakah dia memahami istilah tolong-menolong atau dia mungkin lebih memahami istilah untung lagi penting? apabila mengupas cara Orang Cina berniaga...pokok perkara utama yang ditekankan ialah tolong menolong. Umumnya diketahui tetapi adakah dipraktik? Saya kesal dengan sikap ini..kerana saya akan berusaha untuk memastikan produk yang diamanahkan pada saya berjaya dijual walaupun risiko kerugian bukan ditanggung oleh saya..tetapi kerana ingin membantu dan sama-sama memahami dunia perniagaan.Kerna itu, pentingnya jiwa Islam dalam sesuatu hubungan tidak kira apa jua bentuk hubungan kerana ia akan menghasilkan satu kemesraan dan kefahaman yang diberkati oleh Allah antara satu sama lain..dengan erti kata lain mengeratkan silaturrahim yang lebih bermakna.

2.Kadangkala, sesetengah peniaga Melayu ini mendapat harga lebih murah sesuatu produk yang sama dengan peniaga Bukan Melayu tetapi bersyarat mestilah membeli secara tunai (cash) untuk mendapatkan harga tersebut. Ok..baik...berlangsunglah satu urusniaga setelah kata sepakat dapat dicapai. Niat di hati, ingin membantu org Melayu Islam khususnya kerana itu juga antara pembeli utama...maka si peniaga bertanya kepada pembekal Melayu , bolehkah mendapat harga yang sama seperti pembekal Bukan Melayu? pembekal Melayu menjawab boleh tapi bersyarat jugaklah iaitu secara tunai...kalau tidak, tiada duit untuk dipusing modal...dan harganya memang harga runtuh...tetapi ini yang berlaku ..".takpelah. Kalau kena beli cash, saya beli dgn org lain(pembekal bukan Melayu) ". Bagaimana ini boleh berlaku...kata nak tolong menolong , bukan nya berbeza urusannya tetap sama, malah disiapkan penghantaran lagi...tetapi entah apa yang terdetik di hati peniaga Melayu itu.. Kesimpulannya mudah.. dia nak untungkan lagi yang Bukan melayu.

Bukanlah isu perkauman dibangkitkan tetapi..isu tolong menolong dan juga Islam sebagai nilai utama. Sepanjang urusniaga dibuat...tiada sentimen Islam ditekankan , hanya sentimen keuntungan...

Angan-angan untuk membuka kedai sendiri harus direalisasikan tetapi banyak lagi cabang dan halangan yang perlu diselesaikan.

" YA Allah , permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat kelak "

Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…