Friday, March 13, 2009

Perjalanan mengenali Perawi

"Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah"

saya memulakan perjalanan saya mengenali perawi , menggali sejarah mereka dan kehebatan para ulama' ini...

Selasa, 3 Mac 2009, perjalanan bermula jam 8.45 pagi bersama Cik Na dan Hassan menuju ke Gombak...menjemput C.me sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Besar, Sabak Bernam.
Sepanjang perjalanan ke Gombak...pelbagai persoalan dan isu dibincangkan khususnya berkaitan perawi hadith.

C.na sedang menyiapkan satu projek IT berkaitan Hadith dan misi kami ke Sungai Besar ialah mengambil kitab-kitab c.me yang ada di sana..di mana antara kitab-kitab tersebut mengandungi kisah -kisah perawi

Hadith sekarang ini boleh juga diperolehi dari Internet..segala-galanya di hujung jari anda...tetapi manusia sekarang sudah mula mengabaikan perawi hadith.
Satu bab khusus untuk mengenali perawi iaitu "jarah wa ta'dil" dimana bab ini memang dibolehkan untuk mengkritik perawi demi menjaga kesucian hadith.Penting mengetahui perawi bagi setiap hadith kerana sesuatu hadith itu boleh diragui tahap kesahihannya sekiranya ahklak perawi itu tidak bagus dan suka berbohong. ( hasil pelajaran Alquran Sunnah tingkatan 4&5 dan perbincangan bersama seorang sahabat, Azizan)


Antara kitab-kitab yang diambil.

Cerita pasal projek C.na kembali.....kebanyakkan sumber hadith yang terdapat di Internet lebih menekankan matan hadith.Jadi, kerana itu...c.Na telah membuat satu projek mengenali perawi atau sejarah perawi dan direkodkan dalam bentuk programming atau menterjermahkan ke I.T untuk memastikan hadith tersebut sahih atau tidak dengan melihat siapa perawi dan sejarah perawi tersebut . Jika dulu..orang yang hendak mengenali perawi perlu melihat pada kitab-kitab yang ditulis sendiri oleh para ulamak atau perawi atau sahabat-sahabat yang menulis sejarah mereka..dunia dah semakin maju..sejarah dan kisah perawi direkodkan dalam bentuk programming.Segalanya di hujung jari anda.sebagai contoh..klik pada imam bukhari..keluarlah asal-usulnya...pembelajarannya di mana...anak muridnya siapa....dll.

Tetapi masih lagi dalam projek dan masih lagi dalam pembikinan.Harapan saya agar projek ini berjaya kerana ia membawa kepada kebaikkan bagi seluruh umat manusia yeng mementingkan ilmu dan menyayangi Rasulullah S.A.W.

lagi kitab yang dimiliki.


Alhamdulillah...C.Me mempunya kitab-kitab sejarah perawi dan kitab -kitab hadith yang berkaitan.amat sangat membantu.Kitab-kitab tersebut dibeli dan digunakan olehnya sewaktu mengaji di Pakistan dalam bidang Hadith.

Antara kitab yang ada.

Sewaktu kami tiba di rumah C.Nan (dah sampai Sg besar)..setelah menjamu makanan tengah hari...C.me dan C.na terus mencari kitab-kitab yang ada.Seronok sangat sebab roh-roh mencintai Nabi Muhammad s.A.W melalui hadith dapat dirasai di situ.Terharu betul melihat kitab-kitab yang ada dan banyak koleksinya.Sungguh terharu.

namun perjalanan mengenali perawi ni belum tamat lagi..banyak lagi kerja-kerja perlu dilaksanakan dan banyak lagi perkara-perkara perlu dikenali dan difahami. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari pada Allah s.w.t.


Masa balik..penat sangat..tapi seronok.Bersama Hasan Abdullah.peneman setia.

4 comments:

sourplum said...

better u put a picture of the books
tb2 je gbr mknn
lari topik sguh
lalala~ =P

rimbunanHati said...

hahaha...letak gambar tu sementara nak letak gamabr kitab.la ni gambar kitab dah letak.maka dah complete lah entri tu.hehe. gambar pecal tu akan digunakan utk resepi pecal kemudian ..lalalala. senyum sokmo.

sourplum said...

ouh. baru edit ek
ok. da sesuai ng citer da
keep it up =)

wordsoflife said...

assalamualaikum...

ana salah seorang pelajar dari Institut Al-quran Terengganu, diminta untuk menyiapkan tugasan tentang salah seorang perawi hadis, abu hurairah jika akak ada apa2 maklumat berkaitan sahabat nabi saw ini, amat mengharapkan perkongsian bagi menyelesaikan tugasan yang duberikan syukran, ya....