Skip to main content

Pesta Perkahwinan

Pesta Perkahwinan 2009 anjuran majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 Mac 2009 di PICC , Putrajaya. Bermula jam 9 pagi sampai 9 malam. 

Saya berpeluang ke sana itupun terperasan ada banting yang digantung di Bulatan Utama Putrajaya beberapa hari lepas..maka pergilah bersama mak dan adik-adik untuk melihat apa yang dipamerkan. Kot kot lah ada special..at the same time tolong riki untuk" akak-akak" saya yang akan membina masjid tak lama lagi. Hehehe.



Antara baju pengantin perempuan yang sempat di ketip fotonya






Untuk Lelaki juga ada ditampilkan bersama...tak kurang hebatnya



Antara Kek Perkahwinan tetapi sedikit kelainan...dia guna cup cake untuk kek bertingkat. atas je kek yang besar.



Wedding Dress..fuyoo.ade ke yang nak pakai? ade kot...ELAKKKAN




Kami jumpa antara pakaian yang paling sopan..Mak suh amik gambar dengan design ni.


Banyak maklumat yang diperoleh antara nya katering, kad kahwin ( P/s : ada kad kahwin tu sekeping Rm 0.25 tapi kena tempah seribu..hahahaha) dan juga pelbagai perkhidmatan yang disediakan dan harganya ok lah buat masa ni.depand pada jemputan anda. 

Apapun...sempat melawat booth Pemuda Masjid..untukmu Palestine. Melihat gambar -gambar terbaru dari Palestine. Seram dan menyedihkan. Hulurkan bantuan dan Doa anda kepada semua Umat Islam di dunia semoga bersatu hati dan sejahtera dalam lindungan kasih Nya.

Comments

sourplum said…
waa.. da survey2 bj pngantin nih
xlama da la nih
lalala~
rimbunanHati said…
lambat lagi...survey tok org...single lagi..lambatlah jwbnye.hahaha " senyum sokmo"
ibn_hasbi said…
ye ke lambat lagi... dah tak lama la tu...
apa2 pun buatlah pilihan yang terbaik.
Allah dah tetapkan jodoh buat kita semua sejak azali lagi.
sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.
rimbunanHati said…
dear ibn_hasbi...hehehe..lambat lagi..awk jgn riso..sy tggu awk settle dulu pastu sy punya kendurilah...senanglah awk nak bagi hadiah kat saya..leh kongsi dua. buat masa ni pilihan yang ada telah ditolak atas sebab -sebb tertentu. bukan jodohnya. Allah sahaja yang tahu.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …