Skip to main content

Coret-coret pesta buku Antarabangsa 2009

Salam Ukhuwah...dah beberapa hari meninggalkan blog ni sunyi sepi. sibuk dengan pengurusan diri..mencari diri dalam kesibukkan dunia...akhirat sedang diburui.

Pesta Buku antarabangsa dah pun bermula...mempromosi buku untuk anak-anak kecil yang baru belajar membca.Tak sangka rupnya produk yang dijual sudah digunakn hampir diseluruh negara kerana keberkesanannya. apapun..penat..memang penat..senyum tak berhenti(senyum itu sedekah).
blogger-emoticon.blogspot.com.

Hari ni, 20 hb April..rasa seronok sangat...sebab terserempak dan berjumpa dengan

1. Cikgu Rosiah - guru B.M masa kat SMKA Pedas. amat rapat sekali.rasa sangat gembira dapat bertemu.

2. En Shah Jahan - guru bio masa di Matrik Perak. sedang melanjutkan PhD. Oh..sgt tidak sangka dapat berjumpa dan masih ingat kat dia lagi. Beliau datang bersama family nya.

3. Kak Ila - Isteri Ustaz Zamri TV9..mula2 tak ingt nama..lepas tu tk ingat nama suami dia..tetiba dia tegur..macam kenal..terus ingat.wah! seronok.teringat masa kawan2 dekat Kemboja baru-baru ni. Panjang pulak bercerita dengan kak Ila.

4. Mak dan adik-adik...hehehe..datang menengok anak dara dia wat kerja. Perasan.Mak datang sebab nak beli buku.hehehe.

5. Abang Alan - Senior @ K.U sekolah Pedas dulu.sekarang aktivis Mahasiswa. Parti mahasiswa Negara tak silap..huhu.Lagi tak sangka ..dia tegur saya dulu. Oh..ingat rupanya. Muka ni biasa-biasa je.tak sangka orang ingat kat saya.

Belum citer lagi pasal semalam , tulat, lusa dan esok...bila bekerja berjumpa orang ni..macam - macam ada.

Sempena pesta buku ni..sempatlah membeli beberpa buku untuk menghias hidup yang tak berapa nak bahagia ni..semoga bacaan buku2 ni menjadikan hidup lebih berisi dan bahagia.
Antara buku-buku yang saya sempat beli

1. Bidadari dari timur. Tulisan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri Tok Guru Nik Aziz) dan Ili Sarah .Siap dapat sign penulis lagi.nama sama pulak tu.hehe.

2. Bercinta sampai ke syurga, Aku Terima Nikahnya dan Rindu bau pohon Tin - Tulisan Ustaz Hasrizal. Beli pakej..murah lagi. RM 50 untuk ketiga-tiga buku. Aku terima nikahnya dah ada..puas pujuk penjual tu nak tukar buku lain..tapi tak pe lah..nak bagi hadiah kat orang buku tu.

3. Suami memimpin Isteri Mengurus - buku ni baru sampai booth..tengah susun-susun..tiba-tiba penulis dia ade kat situ..belek2 ..tgk isi kandungn nye pun bagus. Terus beli..dan amik sign penulis.Hehe.Gembira rasanya.Waktu rehat sempat juga menyelak....terlintas di hati..kenapa lah membeli..belum waktu lagi..menjawab suara kecil di hati juga..Barangsiapa yang Allah bagi petunjuk Dia tidak akan sesat...

rasa-rasa buku-buku yang dibeli ni macm tak kena gaya.takpe-takpe..esok ade lagi...buku pun banyak.kena pilih yang berbaloi.hehehe.

Datnglah ke booth kedai buku saya bekerja...READNETWORK dan JIM..kami terletak di pintu masuk PWTC.Belanja saya buku k.
blogger-emoticon.blogspot.com
Semoga teus bermujhadah dalam perjuangan hidup ini.Bermatlamat atas landasan yang benar.

Comments

sourplum said…
sy pon nk jual buku jgk la
cm besh je dpt jmpa rmai2 org yg kte knl
sy da lama xjmpa ckgu2 yg mngajar sy dlu

p/s: ehem2.. nk bg adiah kt sape ek tuh
cm special je nih
sourplum said…
This comment has been removed by the author.
rimbunanHati said…
sya nak bagi dekat org perempuan..saya tak tau nak bagi kat sape lagi..pasal saya tida sape2.muahaha.hehehe...safuan nak ke? tp nnt awk suh gurlfren awk bg.muhaha

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …