Skip to main content

Kursus Ketrampilan dan Komunikasi Usahawan

Baru sahaja pulang dari kursus ketrampilan dan komunikasi usahawan anjuran kementrian luar bandar dan wilayah dengan kerjasama Institut Pembangunan Koperasi dan Usahawan UUM.
Selama 4 hari 3 malam iaitu dari 26 April hingga 29 april 2009. Berlangsung di hotel EDC UUM.

Bersyukur kerana dapat sertai program ini...banyak manfaat dan pengalaman dikongsi bersama. Dari pelbagai latar belakang yang berbeza...dan perniagaan yang hampir sama tapi tak serupa..ada yang niaga roti canai,cili giling,ikan pekasam, jual kereta, biskut, kuih tradisional, mini kek , ikan keli dan katering.

Peserta juga datang dari pelbagai negeri termasuklah Selangor,Johor , Pahang dan Kedah sendiri.
Antara yang ditekankan dalam kursus ini ialah sifat dan jati diri usahawan dalam menjadi seorang peniaga yang berjaya. dalam mencapai kecemerlangan sebagai seorang usahawan yang berjaya , perlulah melaksanakan tanggungjwaba yang telah diamanahkan....seperti pendapat Abdullah Nasih Ulwan iaitu :

1. Pendidikan keimanan - solat cukup lima waktu sehari ditambah pula dengan solat sunat dan ibadah sunat yang lain. Jgn lupa bayar zakat dan juga keraplah bersedekah sama ada dalam bentuk ucapan, doa dan juga kebendaan kepada mereka yang sepatut  menerimanya.

2.. Pendidikan Moral - Menepati janji, berkata benar, tolong menolong

3.Pendidikan jasmani - Menjaga segala bentuk makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan. halal. dan juga beriadah supaya badan sihat dan otak bijak.

4.Pendidikan mental - sentiasa menuntut ilmu kerana usahwan yang tidak berilmu berbeza dengan usahawan yang berilmu. Jauhilah diri dari menjadi usahwan yang sering mencipta masalah dengan orang lain.

5.Pendidikan rohani - Tanamkan tabiat MALU untuk melakukan kersalahan dan kesilapan. Juga tanamkan diri untuk sentiasa mencari keadilan .

6.Pendidikan Sosial - tanamkan unsur-insir rohani seperti bertakwa , hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pendapat.Juga menjaga hak sahabat handai dan yang terdekat dengan kita.

7.Pendidikan peradaban - jaga adab seperti memberi salam dengan nada yang lembut dan sopan, adab duduk dalam majlis tertib dan teratur tanpa menampakkan kesombongan.

Ini lah antara yang disarankan kepada para usahawan ...juga kepada semua manusia di muka bumi ini.



Sewaktu belajar etiket Sosial

Perbincangan dalam kumpulan...nak berlakon esoknya..saya jad manager Bank.Hehe

Pakcik ni tengah berlakon di pasar tani..jadi orang tua..yang sakit..makan madu..jadi sihat.hehe..selendang dia pakai tu towel hotel.pinjam jap.

Bersama usahawan berjaya propolis..juga seorang pengajar.Dr Filzah (tengah) , diapit oleh Puan Zarina(baju putih ) dan saya


Entrance EDC..nak balik baru teringat nak amik..padahal dah sejam lebih kat depan tu.hehe

Comments

sourplum said…
lepas ni kursus kt mana plak
rimbunanHati said…
kursus kat terengganu.jom g sekali.
25 bulan 6 sampai 29 bulan 6 tak silap. jomlah.
sourplum said…
kt tganu tu kursus ape
bpe ek kena byr
sy da abes blaja da ms tuh
bule la nk p
rimbunanHati said…
kat ganu kursus hasil ikan- buat nuget, fishcake, sos yong tau fu dll. tp bnyk lagi kursus lain. sumanya percuma. just tambang pergi balik tanggung sendiri. nnt daftar diri kat link ni ye https://smu.rurallink.gov.my - buka dgn internet explorer.
sourplum said…
sy da register da
jmpa kt tganu nti =)

Tarikh Permohonan/Masa 1 Mei 2009/ 11:39 AM

Tajuk Kursus & Siri
: 1. BMARDI-14-1/1
Kursus Pemprosesan Surimi Dan Hasilan Surimi (Bebola Ikan, Kek Ikan, Yong Tau Fu dan Sos)
29/06/2009 hingga 01/07/2009
Terengganu

: 2. DSIRIM (PnP)-6-2/2
Kursus Advance Workshop Peningkatan Kualiti Melalui Pembungkusan (Negeri Sembilan)
23/11/2009 hingga 26/11/2009
Perak

Adalah dimaklumkan bahawa :
Nama : Mohd Safuan Bin Abd Rahman
No. Kad Pengenalan : 861201335451

Permohonan anda telah diterima dan akan diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Bahagian Ekonomi Desa, Unit Latihan dan Bimbingan Usahawan
Aras 6, Blok D9, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62606 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-88863500/700
No. Faks : 03-88892140
Emel : traineda@rurallink.gov.my
rimbunanHati said…
ok.nnt kita jumpa. :)
kerullz said…
salam,

saya pun nak join kursus hasil ikan untuk nuget,fishcake tu, tapi tak boleh masuk website https://smu.rurallink.gov.my :(

please help me
rimbunanHati said…
so sorry..lamabat.Kerullz..kena buka guna internet explorer..then...if dia tak bg buka..tetap bukak jugak. teruskan je.try ya.ape2 gtaulah.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …