Tuesday, April 7, 2009

-Tersentak -


Tersentak dari angan yang panjang

Angan -angan tentang masa depan

Angan-angan tentang kehidupan

Kehidupan dunia di angan-angankan

Kehidupan abadi..hanya terlintas tatkala bersendiri


Tersentak dari tidur yang lena

Si kecil menangis kerana kelaparan

si Ibu berlari menyusukan

Si Ayah berfikir tentang hari mendatang

" Adakah cukup semua ini utk keluarga ku?"

Rintih hati kecil si Ayah

"Adakah sempat ku melihat anak-anak ini menjadi Yang Berguna(YB)?"

lagu yang berdendang di kalbu


Tersentak dari lamunan yang indah

Realiti yang sebenar tidak seperti mimpi

kadangkala mimpi lebih indah dari realiti

kadangkala mimpi lebih dasyat dari realiti


Tersentak dari kegembiraan

Masih ada lagi yang perit perlu ditelan

Panjang lagi rupanya perjalanan

Tersentak dari kedukaan

Dunia ini bukan hanya untuk "kemalangan"

Sinar kedamaian tetap utuh di pandangan

Kadangkala alpa...yang duniawi dikejar-kejar

Yang ukhrawi ditinggal-tinggal


Alpa malaikat kiri kanan mencatat kehidupan

Yang Maha Esa memerhati persembahan

Persembahan yang dilakonkan oleh kita

Persembahan yang entah ada sifat kehambaan

entah ada sifat keikhlasan

entah ada sifat kelalaian

Pelakon yang lupa bawah tingkah dan tertib ini dibawah pemerhatian

Setiap tingkah dan tertib ini ada pembalasan



Satu muhasabah tatkala bersendiri

Satu muhasabah sewaktu sedang mencari-cari


Oh TUHAN...ampunkan aku Ya ALLAH.



No comments: