Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

risau tengok adik-adik membesar...

Saya risau tengok adik -adik saya membesar... 5 orang termasuk saya sudah memasuki pengajian tinggi..tinggal tiga orang masih di bangku sekolah.Apa yang saya risaukan ialah mereka membesar dengan muzik. Saya juga membesar dengan muzik tetapi dengan lagu - lagu nasyid. Ingat lagi lagu semasa taska dulu...ummiku sayang, sebarkan salam, ayah ibu dan beberapa lagu kanak kanak islam yang lain. Semakin saya membesar, semakin saya meminati nasyid lebih -lebih lagi pada waktu itu perkembangan industri nasyid mula meningkat dengan lonjakan jualan album Raihan, Rabbani, Inteam,Unic dan lain-lain lagi.

Di rumah, saya selalu membeli kaset nasyid (kerana waktu itu zaman kaset) , secara tidak langsung mempengaruhi adik-beradik saya yang lain turut meminati nasyid.Memasuki sekolah agama menjadikan Nasyid adalah halwa telinga. Adik-adik saya juga memasuki sekolah agama di peringkat menengah dan terlibat dengan kumpulan nasyid sekolah masing-masing secara tidak langsung sama ada penyokong, pemain alat …

Program cuti sekolah untuk adik-adik

Cuti sekolah ni..ade kem Smart Quran. 7-12 hb Jun 2009. Kat Za'aba,UKM. Untuk dak sek men dan Sek Rendah. Fokusnya pada memantapkan bacaan Al-Quran, penguasaan tajwid dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi. Ketuk satu untuk satu huruf... Istimewanya..ade slot motivasi bersama Abg Muhammad Devotees, Abg TAqi Nice dan Abg Idris ISIUKM. Ade adik-adik yang nak join..amat digalakkan untuk membantu melancarkan dan menjelaskan bacaan al-Quran anda. hubungi..cik Sarah ...Saya la tu..013-6249318. Yang gagap atau masih merangkak membaca..amat sangat digalakkan. Dah pandai baca pun..ape salahnye menambah ilmu ..tak rugi belajar ..banyak info Al-Quran akan diselitkan bersama.


Lepas saya mati...abang kahwin lagi tak?

Antara bacaan sampingan saya ialah majalah Ujang. Ade pengisian dan realiti kehidupan dalam lawak-lawak sempoi yang disiarkan . Salah satu lawak yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua sebuah realiti yang selalu berlaku di kalangan kita.
Perbualan antara suami dan isteri :
Suami : Yang, kalau abang mati dulu...nanti you tinggal dengan siapa?
Isteri : Nanti I tinggal dengan adik I, Nurul. Kalau I mati dulu..you tinggal dengan siapa? Ibu Ayah?
Suami : Tak...Nanti I tinggal adik you, Nurul.
Hehehe....geli ati  jugaklah bila baca...kira si suami merancang  untuk berkahwin dengan adik iparnya jika isterinya tiada. Saya ceritakan lawak ni dengan seseorang..dan orang tu pun berkongsi cerita yang lebih kurang sama dialami oleh sahabat dia tapi betul - betul bermakna. Perbualan seperti di bawah :
Isteri : Abang, kalau saya mati dulu, abang akan kahwin lagi ke? kalau ye..orang macam mana?
Suami : Takyah difikir abang kahwin dengan siapa..fikir soalan ape yang kena dijawab dalam kubur esok. Fikir…

Seronok bila dapat balik kampung

Isnin baru ni..ade meeting kat Gombak...selesai meeting siapkan kerja teruskan perjalanan berurusan di IKIM.fm...jadi driver je. Hehe. Biasalah tu. Semasa nak ke IKIM tu..bincang-bincang nak antar Bos dan Isteri ( C.me dan C.Mah) ke stesen LRT terdekat. Jalan kat K.L ni tak berapa nak terrer..kena lah pikir lebih sikit.
Tapi...dalam hati terasa rindu sangat nak balik kampung...nak menghirup bau kampung...kampung abah kat Lenggeng selalu je balik..tapi bukan untuk berehat...balik menyinggah je. Tak lama. Bila tau C.Me nak balik Temerloh..terus wat keputusan nak ikut. Mereka terkejut...tapi saya driver..ikutlah. Maka, perjalanan pun berubah..minta izin kat mak abah..bagitau adik-adik kat umah..balik kampung lah saya. Hehe.
K.L ke Temerloh tak jauh mana pun.. 1 jam 1/2 ke 2 jam...Sampai di Bandar Temerloh..makan-makan dulu. Tiba di Kg Berhala Gantang..umah C.Mah...rasa seronok sangat. Dah lama tak hirup udara kampung. Sungai Pahang dan..macam-macam lah
Rasa syahdu sungguh...nyaman , tenang,…

Se Ado Darah Minang

Mak saya keturunan Melayu Jawa..tapi darah Melayu dia lagi kuat. berasal dari Sg Besar, Sabak Bernam, Selangor. 
Ayah pula orang Negeri Sembilan...tapi darah yang mengalir keturunan Minangkabau. Ikut turutan keturunan..pangkat dalam keluarga ikut sebelah Minang tak turun ke saya sebab dia mengalir ikut perempuan. Disebabkan yang keturunan Minang adalah ayah saya..maka terhenti kat situlah pangkat Minang nye. Apa pun...darah yang mengalir ni adolah Minang .
Tapi..bila kami(saya dan mak saya) selongkar balik salah silah keturunan mak dan ayah...kebanyakkan dari Sumatra..kira Melayu lah. 
Masa saya sekolah rendah di Lenggeng, N.9...kampung ayah..,kami adik beradik cukup fasih bercakap Minang..bukan Negeri Sembilan tau..Minang..lepas saya sambung ngaji kat SMKA Pedas...dah semakin kurang cakap minang saya ...sekarang tak pandai langsung. Huhu. Lupa daratan. La ni..cakap belah utara tak pun perak sebab borak dengan opah hari-hari. Utara pulak..abis suma adik2 sambung belajar kat area sana. Ka…

Menjemput Bidadari...Sayang...Matahari

Semakin sibuk seminggu dua ni..selain berusaha menyiapkan biskut mengikut rancangan tarikh ..beberapa program yang perlu dihandle juga semakin rancak menjayakan dan merealisasikan program berkenaan.

Tapi..sempat juga merehatkan minda..membaca beberapa cerpen yang sangat menarik bagi saya.
Semalam..jalan-jalan bersiar-siar di internet (halim kata jln2 biar berfaedah sikit- Baik Bos!hehe)
saya meluangkan masa di sebuah blog..Langit Ilahi...penulisnya saya rasa sedang mula mendapat tempat di hati masyarakat melalui penulisan nya. Jadi di sini saya sertakan link cerpen - cerpennya untuk dikongsikan kegembiraan keseronokkan membaca bersama anda. Selamat menghayati.

Menjemput bidadari

Matahari

Sayang
- kena cari kat bahagian bahan ni...ceritanya menyentuh hati..saya sayang keluarga saya, semua guru yang mengajar saya, sahabat-sahabat,teman-teman,kawan-kawan yang saya rapat dan kenal, saya sayang semua.

Tetiba Rindu ..dan sepatutnya memang rindu

Tetiba rasa rindu kat kawan -kawan...sahabat-sahabat ... teman-teman sejak dari sekolah rendah hingga sekarang ..bertambah sayu bila dgr lagu ni 
Semoga terus kita bersatu hati di dalam ukhwah yang diberkati Ilahi. Teruskan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Tautan hati terikat kukuh di bawah naungan rahmat dan kasih Ilahi.

Selamat hari Mak.

Mak saya bersama adik-adik di MAHA 2008
10 Mei...hari ibu @ hari mak.. tapi mak cakap hari mak 1 Mei sebab itu birthday dia...satu dunia sambut birthday mak..sebab tu ada cuti khas 1 Mei sempena birthday mak. Hehehe. Apa pun..selamat hari ibu untuk mak. dari kami 8 beradik yang kecoh, kepoh, nakal, kuat makan, kuat mengarut dan macam-macam lagi. Janji  mak bahagia. 
Juga buat nenek di kampung, opah kat umah depan...selamat hari ibu...terima kasih atas segala curahan kasih sayang dan ilmu kepada kedua ibu bapa kami.

Does my head look big in this?

MIHAS ke 6

Selepas selesai urusan juri asyid....hantar kek pisang ke pasar borong Serdang... ke ofis EZ QUrban..setelkan Zaisara punya kerja bersama webmaster ..solat Zohor...bertolaklah kami ( mak, saya, Aqim-adik dan Husna - adik ) ke MIHAS ( Pameran Halal Antarabangsa) di MATRADE, Jalan Duta. Lebih kurang jam 2 petang bergerak dari ofis EZ QUrban.
Sampai sana, parking memang confirm lah penuh kan..so kami parkingdi kawasan parkir kompleks Mahkamah , berjalan kaki sambil menghirup udara kota. Bagi pengunjung yang lain, digalakkan naik kenderaan awam mcm LRT dll..turun di stesyen yang ditetapkan..shuttle bas percuma disediakan. Nak tau turun kat mana g kat web ni MIHAS. Dari 6 hb 5 sampai 10 hb 5 2009 .dari jam 9 pagi hingga 7 petang

Untuk hari biasa ni bagi pengunjung perdagangan...pakaian kena proper.tak leh pakai Jeans..silalah pakai kasut. Kalau tak, tak lepas masuk. Perdagangan maksudnya usahawan..maka bawalah bisnes card anda walau ape aje bidang anda. If kerja kerajaan @ swasta pun..silal…

Pertandingan Nasyid Sekolah Swasta Negeri Selangor

6 Mei 2009, jam 9.30 pagi, Sekolah Kiblah, Sg Merab, Selangor telah menganjurkan satu pertandingan nasyid peringkat negeri Selangor bagi sekolah -sekolah agama swasta.
Pihak penganjur memohon saya untuk membantu mereka mendapatkan juri di kalangan artis nasyid. Dengan bajet yang ciput..huhu..sapelah yang saya nak mohon bantuan.Hanya teman-teman yang rapat saya tanyakan kesudian mereka..tapi mereka ni memang sibuk.Hari kerja takkan nak ponteng...dengan kerja yang ada tak boleh nak tinggal...sian jugak kat teman-teman ni...Tapi, Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya. Dapatlah saya menunaikan amanah yang dibagi.
Maka, pagi tadi telah membawa dua juri ke sekolah...selepas bersarapan di Restoran Ameer , Seksyen 9, BBB, saya pun menjadi penunjuk arah utk juri - juri song ha ni. Hehe. Mereka yang telah sudi menjadi juri ialah... Izwan dari kumplan NICE dan Rahim dari kumpulan D'VISION ( finalist Akademi Nasyid). Terima kasih buat juri dua orang ni...hehehe..siap dapat makan biskut…