Wednesday, May 20, 2009

Lepas saya mati...abang kahwin lagi tak?

Antara bacaan sampingan saya ialah majalah Ujang. Ade pengisian dan realiti kehidupan dalam lawak-lawak sempoi yang disiarkan . Salah satu lawak yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua sebuah realiti yang selalu berlaku di kalangan kita.

Perbualan antara suami dan isteri :

Suami : Yang, kalau abang mati dulu...nanti you tinggal dengan siapa?

Isteri : Nanti I tinggal dengan adik I, Nurul. Kalau I mati dulu..you tinggal dengan siapa? Ibu Ayah?

Suami : Tak...Nanti I tinggal adik you, Nurul.

Hehehe....geli ati  jugaklah bila baca...kira si suami merancang  untuk berkahwin dengan adik iparnya jika isterinya tiada. Saya ceritakan lawak ni dengan seseorang..dan orang tu pun berkongsi cerita yang lebih kurang sama dialami oleh sahabat dia tapi betul - betul bermakna. Perbualan seperti di bawah :

Isteri : Abang, kalau saya mati dulu, abang akan kahwin lagi ke? kalau ye..orang macam mana?

Suami : Takyah difikir abang kahwin dengan siapa..fikir soalan ape yang kena dijawab dalam kubur esok. Fikir dapat jawab ke tak. 

Sungguh! betul-betul menginsafkan. Gurauan berhikmah. Hehe. Apapun..banyakkan ibadah..dekatkan hati itu dgn Yang Maha Pencipta , ikhlaskan hati, banyakkan zikir dan selawat. 

1 comment:

sourplum said...

i like the first one
haha suke2..