Wednesday, May 6, 2009

MIHAS ke 6


Selepas selesai urusan juri asyid....hantar kek pisang ke pasar borong Serdang... ke ofis EZ QUrban..setelkan Zaisara punya kerja bersama webmaster ..solat Zohor...bertolaklah kami ( mak, saya, Aqim-adik dan Husna - adik ) ke MIHAS ( Pameran Halal Antarabangsa) di MATRADE, Jalan Duta. Lebih kurang jam 2 petang bergerak dari ofis EZ QUrban.

Sampai sana, parking memang confirm lah penuh kan..so kami parkingdi kawasan parkir kompleks Mahkamah , berjalan kaki sambil menghirup udara kota. Bagi pengunjung yang lain, digalakkan naik kenderaan awam mcm LRT dll..turun di stesyen yang ditetapkan..shuttle bas percuma disediakan. Nak tau turun kat mana g kat web ni MIHAS. Dari 6 hb 5 sampai 10 hb 5 2009 .dari jam 9 pagi hingga 7 petang

Untuk hari biasa ni bagi pengunjung perdagangan...pakaian kena proper.tak leh pakai Jeans..silalah pakai kasut. Kalau tak, tak lepas masuk. Perdagangan maksudnya usahawan..maka bawalah bisnes card anda walau ape aje bidang anda. If kerja kerajaan @ swasta pun..silalah bawak namecard bersama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad, sememangnya untuk orang ramai..jadi peraturan pakaian tak ketat dah rasanya. tak taulah, tapi sape 2 boleh datang..IBU, AYAH, ADIK KECIK , ADIK BESAR..suma boleh.

Ada 4 dewan utama..sumanya boleh dikatakan makanan. Tips yang selalu kami pegang bila ke pameran begini...kosongkan perut anda..sampai di sana..anda akan menikmati segala sample makanan dan minuman hingga kenyang.Hehe.
Hari ni agak lapang..hari kerja.Dari dewan pertama..dah macam -macam makanan kami rasa..bermula dari mee, laksa, nasi, gula-gula,coklat dan ape lagi ntah.bedal aje.Halal kan. Guna je peluang yang ada. Hehe.

Masuk dewan kedua.larat lagi jugak nak merasa..tapi pandang makanan tu macam sayu je..perut dah penuh.Hahaha. Masuk dewan ketiga..sengih ajelah kat makanan tu..dewan empat cuba jugak sikit-skit.sian kat pemamer.Dah disiapkan.takde sape nak makan.Hehe.Merasa lah jugak.


Macam- macam yang kami dapat selain mengembangkan rangkaian dan kenalan perniagaan Zaisara... mencuba air kosong gas..tapi dalam botol "Chmapange". Ape itu? Huhu.mula-mula tak berani...tapi ni kan Pameran Halal..cuba aje. Dari Paris. Rupa-rupanya, pengalaman kawan-kawan pensyarah yang keluar negara khususnya di area Paris tu..mereka minum air kosong yang bergas. Dah lah dia hidang macam " Champange"...hahaha. Paling geli ati..mamat Paris ni amatlah suka melihat saya ketawa. Naik segan pun ada..tapi tak tahan.saya gelak jugak sebab dia buat lawak yang lambat untuk difaham.


Apa pandangan anda bila melihatnya kali perama.Bagi tau lah saya.



Encik ni pun turut serta bersama kami merasainya. Mamat Paris ni memang peramah.


Sempat juga bergambar dengan kereta lumba Iran. Kerjasama Malaysia dengan Iran.



Dan banyak lagi negara-negara yang terlibat dalam pameran ni. Jika ada peluang untuk berkunjung , jangan lepaskan peluang anda. Boleh dikatakan sudah dua tahun saya pergi..dan setiap tahun memperoleh pengalaman yang berbeza.



Sebelum kami menamatkan kunjungan kami.sempat juga merasa makanan dari Palestin. Keropok yang direndam dalam minyak zaiton dan dicicah bersama bijan dan daun hijau. Rasanya..berbeza sekali. Dan sempat juga bergambar dengan pemilik makanan ringan JJ. Pemilik ini amat menyanjungi Melaka sebab kilang dia kat Melaka. Orang Australia. Selepas bergambar.kami beransur pulang.


di salah sebuah booth dari negara Palestine.



Inilah makanan dari Palestine yang kami cuba. Tak tanya pula nama nya.




2 comments:

sourplum said...

"lawak yg lmbt di fahami?"
kmu ar lmbt phm kut :P

rimbunanHati said...

taklah..memang lawak dia lamabat nak paham sbb dia nak berlawak punya lah jenuh nak terangkan lawak dia ...org yg ade kat booth tu pun tlg menolong nak terangkan dan nak fahamkan bersama lawak dia. hehehe. awak kena datang dan cuba "chmpange" dan dengarlah lawak dia.