Wednesday, May 6, 2009

Pertandingan Nasyid Sekolah Swasta Negeri Selangor


6 Mei 2009, jam 9.30 pagi, Sekolah Kiblah, Sg Merab, Selangor telah menganjurkan satu pertandingan nasyid peringkat negeri Selangor bagi sekolah -sekolah agama swasta.

Pihak penganjur memohon saya untuk membantu mereka mendapatkan juri di kalangan artis nasyid. Dengan bajet yang ciput..huhu..sapelah yang saya nak mohon bantuan.Hanya teman-teman yang rapat saya tanyakan kesudian mereka..tapi mereka ni memang sibuk.Hari kerja takkan nak ponteng...dengan kerja yang ada tak boleh nak tinggal...sian jugak kat teman-teman ni...Tapi, Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya. Dapatlah saya menunaikan amanah yang dibagi.

Maka, pagi tadi telah membawa dua juri ke sekolah...selepas bersarapan di Restoran Ameer , Seksyen 9, BBB, saya pun menjadi penunjuk arah utk juri - juri song ha ni. Hehe. Mereka yang telah sudi menjadi juri ialah... Izwan dari kumplan NICE dan Rahim dari kumpulan D'VISION ( finalist Akademi Nasyid). Terima kasih buat juri dua orang ni...hehehe..siap dapat makan biskut zaisara lagi...promotion.Tak lupa juga terima kasih buat Epi, kawan Rahim yang turut sama membantu.

Setiba di sekolah..kena lah lapor diri dulu. Huhu. Disambut macam YB pulak rasanya. Anak murid memanggil - manggil dan berkerumun untuk bertemu dengan saya. ( Cet!perasan) . Hehe.

Sebanyak 7 buah sekolah bertanding ...antaranya tuan rumah, sekolah Al-Amin Bangi, STAM dan lain-lain. Ada dua kateori..lelaki dan perempuan . Tak lama berada di sana kerana ada hal lain perlu dikejarkan. Setelkan urusan para juri..pastikan ada air minum, depa dah makan, kertas dan pen utk depa tulis..barulah beransur pulang. di bawah beberapa gambar utk dikongsi bersama






Suasana dalam dewan pertandingan kategori banin /lelaki


Pertandingan Banat/Perempuan di dewan yang berasingan.


Antara peserta pertandingan

No comments: